Acap kali kami berjumpa dengan bakal pengantin yang nampak agak kelam kabut menjelang Majlis Pernikahan/Persandingan mereka. Lebih dasyat, ada yang sampai tak jumpa beberapa eksesori penting sebagai perlengkap busana mereka.
Jom kami kongsikan 14 Tips berguna kepada bakal Pengantin agar lebih tenang . Tips ni dikongsikan oleh Saudari cahayasakinah_mua.
1. Untuk pengantik perempuan, sediakan tudung/shawl + veil + aksesori + kasut + baju wedding siap-siap dalam bilik makeup. So that, takde la korang kehulu hilir ambik baju dekat bilik lain.
2. Kalau planing nak pakai corset, standby dalam bilik makeup terus.
3. Anak tudung, kerongsang, peniti please standby terus satu tempat. Nanti takdela masa nak guna tak jumpa nak cari.
4. Sediakan kerusi bersandar untuk keselesaan korang. Boleh lapik bantal dekat kepala kalau nak lagi selesa.
5. Pakai baju berbutang depan supaya senang nak buka dan tak rosakkan makeup.
!!! BONUS !!!
Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
6. Kalau korang planing nak pakai contact lens, please buka dan rendam lens baru beli tu sekurang-kurangnya 2-3 jam before pakai. Then pakai siap-siap 1 jam sebelum makeup.
7. Isi perut siap-siap sebelum MUA sampai untuk makeup sebab once MUA dah sampai terus makeup.
8. Please TEPATI MASA. Setiap MUA ada timing masing-masing untuk makeup. Kalau dia kata 2 jam, korang follow je. Ada yang makeup sampai 3 jam. Semua ni ada reason. Kadang-kadang MUA akan awalkan timing makeup sebab nak kene study jenis skin korang. Ingat makeup ni main tepek-tepek je semua produk dekat muka. Kalau jenis yang kening lebat, muka breakout, peeling, acne semua ni kene prepping bebetul tau. Jadi senang cakap follow je apa MUA suggest sebab dorang setiap minggu berdepan dengan kerja yang sama.
9. Before makeup or kalau boleh seminggu before majlis, inform MUA makeup macam mana korang nak. Refer gambar-gambar MUA yang korang hire tu then bagi tahu dia. Boleh discuss look apa yang sesuai dengan muka korang dan minta pandangan. Dengan cara ni boleh elakkan salah faham dan payment sangkut.
10. Serah tugas dekat pengapit korang. Fungsi pengapit bukan bersiap lawa-lawa sambil selfie muncung itik. Masa ni khidmat mereka diperlukan. Taknak nanti MUA tengah makeup, bride sibuk nak tulis speech, send location, jawab semua wish congrate thru whatsapp. Oh my chuollss! Nak hasilkan sesuatu yang lawa kene ada konsentrasi tau. Kalau bride pun tak bagi kerjasama, macam mana MUA nak buat kerja. Nanti tak cantik acaner? Sian MUA juga yang kene.
11. Kalau nikah location jauh dari rumah bride jangan lupa bawa IC dan barang batal air sembahyang yang korang nak bagi pada lelaki. Kalau boleh yang penting-penting sila bawa naik satu kereta ya. Dah banyak kes kejadian yang sis tengok depan mata and everything kelam kelibut jadinya nanti.
12. Kalau korang nikah dan sanding hari yang sama, minta pendapat MUA or minta MUA set timing untuk korang. Kalau nikah mula 9.30am, korang kene maklumkan photographer dalam 11am mesti dah siap shoot sebab nak stadby untuk sanding pulak. Kita awalkan bersiap takpe dari kelam kelibut. Percaya la. Dah banyak kes tengok depan mata bila bride main-main bab masa ni. Slah satunya delay bersanding. Biasa 12.30pm, sebab timing korang lari dah jadi lepas zohor.
13. Pengantin Lelaki, tolong sediakan korang punya barang. Jangan time MUA nak bersiap, ini takde itu takde. (ni kalau yang add payment hire untuk siapkan lelaki tau) Stoking, butang baju melayu, sikat/minyak rambut yang ni semua MUA tak sediakan tau.
14. Pengantin lelaki pastikan masa nak pergi menikah barang-barang ni naik satu kereta dengan korang :
- Duit mas kahwin
- Cincin / Gelang batal air sembahyang
- IC atau borang yang berkaitan
- Duit upah Tok Kadi & Saksi (bukan free naa)
sis pesan sebab dah banyak kes delay nikah bila barang tak sampai sekali dengan pengantin. Sebab tok kadi akan tengok dulu barang batal air sembahyang dan duit mas kahwin korang tu.
Memang bergunakan Tip-tip yang dikongsikan ini ? Moga bermanfaat !