Kawan korang nak kahwin? Korang jadi bridesmaids dia untuk majlis perkahwinan dia? Apa tema baju korang? Korang pasti ke korang tahu apa tugas korang sewaktu majlis perkahwinan kawan korang? Jadi bridesmaids ni bukannya sebagai penghias atau penghibur pada majlis perkahwinan dan berpakaian sedondon mengikuti tema. Tanggungjawab sebagai bridesmaids ni tersangatlah besar. Meh sini nak share sikit, apa tugas bridesmaids sepanjang majlis perkahwinan kawan korang.
- Membantu pada persiapan pernikahan
Sebagai kawan merangkap bridesmaids, korang kena membantu kawan korang yang nervous tu dalam persiapan majlis perkahwinan kawan korang. Banyak yang korang boleh tolong. Sebagai contoh, teman kawan korang pergi spa, teman kawan korang pergi cari kasut kahwin atau tolong kawan korang cari goodies untuk tetamu ke. It may not seem a lot but trust me, she’ will thank you for that!
- Bertanggungjawab menjaga barang pengantin wanita
Selain itu, korang juga bertanggungjawab ke atas barang peribadi kawan korang seperti dompet, handphone dan sebagainya. Jagalah barang peribadi kawan korang tu seperti korang jaga harta korang sendiri. Barang ye bukan suami kawan korang. Takmo gataiii yee~
- Help her to relax her nerves
Normal weh kalau korang tengok kawan korang tu macam kucing hilang anak. Ke hulur ke hilir beberapa hari before dia nak kahwin. So, time ni korang kena tolong kawan korang rilekskan diri dan minda dia. Korang diWAJIBkan spend time dengan kawan korang dan ajak dia lakukan aktiviti santai seperti menonton filem di wayang atau hiking. It’s really helpful tau untuk calm down hati dan jiwa yang tengah berkocak hebat! Tak percaya? Try buat. Mesti kawan korang happy dapat kawan yang memahami macam korang ni.
- Pastikan pengantin makan dan minum ketika hari majlis
Kebiasaanya, orang yang dah nak kahwin ni takkan fikir pasal makan mahupun minum. Dalam fikiran mereka ialah mereka nak majlis tu berlangsung dengan cepat. So, kat sini korang sangat berperanan dalam memastikan kawan korang makan dan minum walaupun sekadar alas perut. Tidaklah menjadi buah mulut orang kampung kes pengantin pengsan sebelum dinikahkan. Karang tak memasal keluar cerita tak enak pasal kawan korang tu.
- Kene tahu flow majlis
Rosak majlis kawan korang tu kalau korang sebagai bridesmaids taktahu langsung flow majlis. Sebelum majlis, korang kena discuss dengan pengantin awal-awal apa flow majlis dan please, jaebal dan tolong tolak malu dan segan ke tepi. Korang kena dan wajib berkomunikasi dengan family pengantin dari masa ke masa. Bantu apa yang patut dan tolong senyum depan pengantin walaupun pinggang korang nak terbelah dua dan tak menang tangan membantu apa yang patut.
So, pesanan ikhlas dari kami ialah korang para pengepit. Ehh no. sorry silap. Tershashul pula. Para pengapit, ingatlah dan tanam dalam jiwa bahawa korang ialah tulang belakang kejayaan sesebuah majlis perkahwinan. Make sure, korang tahu tugas korang time majlis perkahwinan sahabat korang. Nak selfie dan wefie tak salah tetapi berpada-pada dan alert dengan keadaan sekeliling. Okay?
***Gambar-gambar credit to Google***
p/s: Di kesempatan ini, pihak Mieipro ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak sedar.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.