Setiap kali tiba musim perayaan, ramai yang merungut dan terbeban kerana tidak dapat mengawal perbelanjaan. Iyalah. Bazar ramadhan kan setahun sekali, dengan kueh raya, langsir baru, baju baru, bini baru. Ehh. Haha. K tak. Saya hanya mahu bercanda. So, kebiasaannya ramai orang akan menangguhkan bayaran ansuran kereta, rumah, kad kredit, PTPTN dan banyak lagi. Lebih memeritkan lagi hanya sebab mahukan kelainan di pagi raya, ada juga yang sanggup berhutang dengan ‘ah long’. Sebenarnya, perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya awak semua membuat persediaan lebih awal.

Berikut adalah tips untuk menguruskan duit menjelang perayaan:

Peruntukkan duit yang awak buat untuk breakfast dan lunch sebagai duit di bazar. Disiplinkan diri untuk berbelanja dengan jumlah yang minimum apabila berkunjung di bazar ramadhan. Seeloknya, sediakan sendiri makanan untuk berbuka kerana ia lebih menyihatkan dan menjimatkan belanja harian awak di bulan ramadhan.

 

Awak boleh menambah aksesori seperti labuci atau manik pada baju Melayu atau baju kurung tahun-tahun lepas yang jarang awak pakai untuk kelihatan baru dan menarik. Ingat ye, utamakan baju anak-anak kerana setiap tahun mereka membesar. Pastinya baju raya anak-anak sudah senteng dan tidak boleh dipakai lagi. Amatlah digalakkan bagi ibubapa untuk isikan bajet baju raya mereka dan anak-anak didalam envelope. Sebagai contoh: baju mama RM200, baju papa RM200, baju Anees RM200 dan baju Aleesya RM200. Ini bagi menggelakkan anda daripada overspending. Ingat eh, jangan sesekali swipe credit card or your debit card. Berbelanja dengan hemah.

Awak juga boleh ubah susunan perabot di dalam rumah untuk kelainan pada musim raya. Tambah aksesori seperti bunga, frame dan lap atau cuci peralatan perabot di dalam rumah untuk mewujudkan suasana baharu.

Kebiasaannya pada hujung ramadhan, peniaga akan melelong biskut raya untuk clearance stock. So, awak semua standby duit dan grab this peluang okay? Bagi yang rajin membuat biskut raya, awak juga boleh berkongsi dan bertukar-tukar resepi dengan kawan-kawan di ofis awak. Barulah datang aura raya tu kan?

 

Pemberian duit raya merupakan tradisi daripada zaman nenek dan atok moyang kita. Ia dijadikan amalan bersedekah kepada kanak-kanak. Awak semua boleh asingkan gaji anda enam bulan awal sebelum ramadhan untuk bajet duit raya ni. Jangan kedekut tahi hidung masin eh. Raya setahun sekali. Tak salahkan gembirakan hati kanak-kanak pada musim raya. Pahala pun dapat. Tapi niat memberi tu kenalah ikhlas kerana Allah okay?

 

Kenderaan juga perlu diselenggara untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung berjalan dengan lancar. Selenggara kereta sebulan atau dua bulan lebih awal. Ini bagi memastikan kereta awak tidak meragam atau berlaku kejadian tidak diingini pada musim perayaan.

Tuan rumah haruslah bijak dalam merancang dan membuat anggaran jumlah tetamu yang bakal berkunjung ke rumah. Tuan rumah mestilah merancang menu utama sehinggalah ke pencuci mulut agar pembaziran dapat dielakkan. Sebagai tetamu, ambillah makanan secara berhemah kerana awak mungkin akan pergi ke beberapa rumah terbuka lagi selepas itu.

 

Kesimpulannya, anda perlulah bijak dalam merancang dan berbelanja pada musim perayaan. Cuba elakkan membeli pada saat akhir kerana kemungkinan anda akan membeli benda yang tidak penting itu tinggi. Sediakan bajet yang bersesuaian untuk anda dan keluarga anda.

Ramadhan bakal beransur pergi,

Syawal menjelma di Aidilfitri,

Seikhlas hati menyusun jari,

Memohon dimaafkan kekhilafan diri.

Selamat Hari Raya kami #teamMiezipro ucapkan kepada anda semua. Maaf zahir dan batin.