Tips Solekan Pengantin Ketika Siang Dan Malam

Semua orang nak nampak cantik sewaktu hari perkahwinan. Solekan yang cantik dan sempurna adalah impian setiap wanita yang bergelar pengantin untuk nampak jelita seperti puteri. Cehwaa. Hehe.

Namun, solekkan yang salah dan tidak bertepatan dengan situasi majlis bakal menjadikan korang nampak pelik dan tidak berseri. Kalau korang nak tahu, ada perbezaan tau untuk make up siang dan malam. Jom tengok apa yang minmin nak kongsikan ni.

 

Solekan Siang

#1. Sekiranya korang mengadakan majlis di belah siang hari, jangan gunakan solekan yang terlalu tebal. Sebaliknya pilihlah gaya solekan yang nipis dan natural sahaja. Gaya solekan natural akan menyerlahkan kecantikkan korang sendiri.

#2. Bagi majlis siang, pilih warna yang natural dan nipis seperti merah samar dan coklat cair.

#3. Jangan gunakan makeup berkilat kerana dalam cuaca panas, makeup mudah cair dan menjadikan muka korang nampak berminyak dan tidak rata.

#4. Gunakan bedak asas yang berasakan air dan bukan jenis krim bagi mengelakkan wajah cepat berminyak. Sesetengah wanita tidak pandai menggunakan bedak debu jadi gunakan bedap padat.

#5. Bagi solekan mata, gunakan satu sahaja pembayang mata yang sesuai dengan apa sahaja warna baju, iaitu coklat. Jangan pakai pembayang mata berwarna putih kerana ia hanya akan menamakkan mata bengkak.

#6. Sebaiknya, elakkan daripada memakai gincu tebal apatah lagi yang berwarna merah. Cukup dengan hanya rona pastel ditambah dengan memakai pengilat bibir yang berwarna lembut kerana anda akan nampak lebih manis dan selesa dipandang.

 

Solekan Malam

#1. Sementara itu, sekiranya majlis perkahwinan korang diadakan pada waktu malam, kenakan solekan yang tebal sedikit. Pilih bedak asas berdasarkan air kerana bedak jenis ini paling selamat dan cantik biar semasa siang mahupun malam.

#2. Lebihkan solekan mata seperti melukis celak dengan lebih pekat begitu juga dengan maskara. Ini agar mata korang nampak lebih galak dan tidak layu.

#3. Korang boleh menggunakan pembayang mata yang berkilat sedikit kerana akan menampakkan mata lebih bersinar dan glamor.

#4. Pada bahagian pipi pula, gunakan pemerah pipi yang nipis sahaja kerana tumpuan lebih telah diberikan pada mata.

#5. Sapukan gincu yang pekat sedikit dan lapisi pula dengan pengilat bibir agar bibir korang nampak cantik dan seksi.

#6. Bagi kulit yang mudah berminyak, tekapkan tisu pada muka bagi membuang minyak dan kemudian sapu semula dengan bedak padat.

Selamat Mencuba <3

Categories :

Tags:

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.