TIPS PERTUNANGAN

Disebabkan kos sara hidup yang semakin meninggi, rata-rata anak muda berfikir seribu kali sekiranya mereka ingin mendirikan rumahtangga bersama pasangan mereka. Yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pastilah pihak lelaki kerana mereka perlu memikirkan soal hantaran dan sebagainya.

Orang melayu sangat terikat dengan adat sekiranya mereka ingin melangsungkan sesuatu majlis. Bagi pasangan yang ingin melangsungkan sebuah perkahwinan, ia mestilah dimulai dengan merisik, bertunang, bernikah, bersanding dan bertandang.

Kalau kita lihat beberapa tahun ini, trend majlis pertunangan anak muda kini gahnya seperti melangsungkan sebuah perkahwinan. Jadi, disini kami kongsikan tips macam mana nak jimat majlis pertunangan tapi meriahnya seperti sebuah majlis perkahwinan. Ayuh baca.

  • Reka & Pasang Sendiri Pelamin

Untuk majlis pertunangan, korang boleh reka dan pasang sendiri pelamin yang korang sukai sebab pelamin bertunang tidak serumit seperti pelamin bersanding. Kalau korang kurang pasti nak hias macam mana, korang boleh google. Kat situ banyak pelamin simple yang korang boleh buat dengan bajet yang sangat rendah.

  • Sediakan Bajet Yang Sesuai Dengan Kemampuan

Luangkan masa bersama pasangan korang untuk berbincang situasi kewangan masing-masing. Melalui perbincangan yang korang buat, korang boleh anggarkan bajet yang bersesuaian untuk majlis korang tu. Tapi ingat. Jangan sesekali membazir okay?

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

  • Make Up Sendiri

Amatlah disarankan bagi kaum wanita untuk make up sendiri atau panggil je sanak- saudara yang ada skill make up untuk make up kan korang. Tak perlu bayar lebih untuk upah mak andam. Make up simple je. Yang penting, muka korang tak pucat lesi semasa majlis pertunangan korang. Betul tak?

  • Hantaran Tak Perlu Banyak Macam Nak Kahwin

Untuk hantaran pertunangan ni, cukuplah membeli barangan yang boleh dipakai di kemudian hari seperti set perfume, pakaian atau set make up. Tak perlu ikut trend sekarang ni dimana barang hantaran pertunangan pun macam hantaran nak berkahwin pula.

  • Masak Sendiri / Rewang

Kebiasaanya bilangan tetamu yang hadir untuk majlis pertunangan sikit berbading majlis perkahwinan. So, seeloknya masak sendiri atau rewang dengan jiran tetangga dan sajikan tetamu dengan sajian yang mengenyangkan tetapi memiliki kos yang rendah seperti bihun goreng, sedikit kueh-mueh ataupun bubur pulut hitam. Mudah kan?

  • Baju Tunang Yang Tidak Terlalu Mahal

Untuk baju tunang, korang boleh survey dekat butik-butik yang buat clearance stok atau nak mudah, korang boleh pergi ke GM Klang sebab ia terkenal sebagai syurga pakaian untuk kaum wanita. Pasti banyak pilihan menarik yang menanti korang kat sini. Yang bestnya, korang boleh praktis ilmu tawar-menawar. Mana tahu untung sabut timbul, baju tunang korang boleh dapat bawah RM150.00. Sape taknak kan?

  • Simple Doorgift

Kebiasaannya untuk majlis tunang, ada orang bagi doorgift ada juga yang tak bagi. Kalau korang plan nak bagi doorgift, korang kena mula dengan anggaran berapa tetamu yang bakal hadir dan ambil kira jenis doorgift yang hendak diberikan.

Ingat ye korang. Tempoh pertunangan merupakan tempoh yang paling mencabar sekali dimana korang akan dilanda pelbagai ujian. Nak tak nak korang dan pasangan korang kenalah kuat dan saling percaya antara satu sama lain. InshaAllah ikatan pertunangan yang dibina akan berakhir dengan sebuah perkahwinan yang diredhai oleh Allah.

HAPPY ENGAGEMENT AND MAY ALLAH EASE YOUR JOURNEY

***Gambar-gambar credit to Google***

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.