TIPS NAIKKAN SERI WAJAH BAKAL PENGANTIN

Macam mana nak naikkan seri wajah untuk cik adik dan encik abang supaya di hari bahagia cik adik dan encik abang muka nampak happy, glowing dan flawless je bila make up. Haaa. Meh sini nak kongsi tips yang boleh membantu cik adik dan encik abang supaya konfiden je nak bergambar dengan tetamu.

  • Tidur yang secukupnya

Meh sini nak pesan ni. Pastikan sehari sebelum majlis cik adik dan encik abang dapatkan tidur yang mencukupi. Hal ini kerana tidur yang mencukupi menjamin kecantikkan wajah di hari bahagia cik adik dan encik abang esok hari. Cik adik dan encik abang nak ke bayar mahal-mahal untuk mak andam, hire jurugambar professional tapi gambar kahwin tak cantik sebab muka nampak lesu dan tidak bermaya. Tak mahu lah macam tu kan. Jadi malam sebelum majlis, pastikan cik adik dan encik abang tidur awal. Bila muka ceria dan badan bertenaga, seronok je nak layan tetamu. Muka gembira, tetamu pun suka apa. Tak gitu?

image

  • Ambil supplement untuk menambah tenaga

Cik adik dan encik abang semua sedia maklum proses untuk menguruskan majlis perkahwinan ini mengambil masa yang lama. Ye lah, mestilah cik adik dan encik abang nak majlis berjalan lancar dan teratur mengikut impian cik adik dan encik abang bukan? Justeru itu, pastikan cik adik dan encik abang ambil supplement untuk kekal bertenaga sehingga majlis cik adik dan encik abang selesai. Supplement ni cik adik dan encik abang boleh je beli kat drugstores yang terdapat di pasaran seperti Watson, Guardian atau cik adik dan encik abang boleh je beli online daripada trusted agent. Jimat masa dan tenaga bukan?

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK SUAMI ISTERI

  • Guna bahan semula jadi untuk mencantikkan kulit muka

Haaa. Okay. Memang betul kecantikan datangnya dari dalam diri seseorang itu. Namun, penjagaan kulit wajah juga bergantung kepada usaha keras cik adik dan encik abang menjaganya daripada luaran juga. Zaman tok nek moyang kita dulu-dulu memang kaya betul dengan petua-petua untuk kecantikan diri. Yelah, zaman dulu-dulu mana ada skincare putihkan muka, hilangkan pori, kecikkan jerawat. Takde benda tu semua. Mereka banyak menggunakan bahan semula jadi untuk menjaga kecantikkan kulit mereka. Hasilnya, kulit mereka masih cantik walaupun mereka dah berusia. Jangan risau, kebiasaanya petua-petua orang dulu memang menggunakan bahan-bahan yang boleh didapat dari dapur cik adik dan encik abang. Haa. Menakjubkan bukan? Jimat pun jimat. Yang peting, cik adik dan encik abang kenalah amalkan pemakanan yang sihat dan gunakan bahan semula jadi untuk cantikkan kulit muka seperti timun, tomato, madu dan sebagainya beberapa bulan sebelum majlis. Barulah masa majlis cik adik dan encik abang, muka uolls nampak glowing dan flawless gitu.

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

shutterstock_390137311 (1)

  • Pergi Spa

Kalau ada bajet lebih, cik adik dan encik abang bolehlah ke spa. Sambil diurut dapatlah cik adik dan encik abang merehatkan minda dan badan yang keletihan dengan persiapan perkahwinan. Barulah badan rasa ringan dan bertenaga je lepas urat yang tersimpul tu terurai. Betul tak?

Aroma Therapy

Terima kasih sudi membaca. Harap bermanfat lah untuk uolls. Peace~

***Gambar-gambar credit to Google***

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.