TIPS MUDAH CARI JODOH

Perkahwinan , ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.

LUASKAN PERGAULAN

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.

AMALKAN DOA CEPATKAN JODOH

Inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 : Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

!!! BONUS !!!

Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

PERCAYA DIRI DAN BUANG RASA MALU

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi. Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri. Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

BETULKAN NIAT

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

PERBAIKI DIRI SENDIRI DAHULU

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

Semua insan pastinya mendambakan pasangan yang boleh melalui liku-liku kehidupan bersama tidak kira susah mahupun senang. Kehidupan berpasangan memerlukan usaha dan kasih-sayang antara kedua-dua belah pihak agar perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya pahala. Bagi yang masih lagi bujang, pasti akan tertanya-tanya siapakah yang bakal pemilik hati buat selama-lamanya. Jom minmin nak share tips mudah nak cari jodoh . Share taw !

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.