Tips menjadi pengapit

 

Benda pertama sekali yang harus korang ingat ialah

Jangan terlalu overshadow dari pengantin. Dah la jadi pengapit, baju taknak mengalah dari pengantin.

 

 

 

 

 

 

1)Harus ikut tema
– tanya pengantin tu, tema warna apa. Pengapit dan pengantin harus berbincang atau ikut sahaja kehendak pengantin baju pengapit warna apa yang dia nak sebab itu adalah majlis pengantin. Yang penting harus sedondon antara pengapit lelaki dan perempuan supaya cantik dalam gambar nanti.

2)Make up
-Bagi pengapit perempuan terutamanya,tidak perlu over make up.Biar nampak natural.Dan pengapit lelaki bubuh bedak je dah cukup.

3)Sediakan tisu/sponge
– Ini penting. Tisu amat diperlukan semasa majlis bersanding. korang kena lap peluh pengantin dan lap tangan pengantin semasa acara merenjis.

4) Peka
– Pastikan pengantin dalam keadaan terkawal. Pastikan baju pengantin terletak elok, jaga veil pengantin perempuan.Contoh masa pengantin berpeluk peluk,tudung dah senget,pengapit perlu betulkan. Pengantin lelaki selalunya tak banyak masalah. Tanya pengantin apa yang diperlukan, pengantin nak air atau nak kipas.Jangan lupa payungkan pengantin bukan payung diri sendiri. Dan sentiasa senyum.Ini juga memudahkan photographer ambik gambar nanti.
Hilangkan

5)Hilangkan nervous pengantin

-Bila nampak pengantin muka nervous je,cuba hiburkan dia.Jangan lupa ingatkan pengantin untuk sentiasa senyum.Bila pengantin nervous lupa pulak nak senyum dan cuba tenangkan mereka.Cuba berbual sikit-sikit.

 

                           Masa hari bersanding tu make sure pengapit kena ada dengan pengantin, kalau boleh gerak sama-sama dari rumah atau tempat pengantin bersiap sebelum bertolak ke dewan untuk bersanding.Ini akan mengelakkan korang tertunggu-tunggu ketibaan pengantin dan elakkan jugak tragedi pengapit hilang waktu pengantin tiba.

Pengapit dan pengantin perlu ada keserasian supaya pengapit dan pengantin tidak berasa janggal atau tidak selesa antara satu sama lain dan majlis berjalan dengan lancar.Pengapit perlu bersama pengantin sepanjang majlis berlangsung.Pengantin harus rajin dan utamakan pengantin.Bagi pengapit perempuan tidak perlu pakai make up terlalu over.Simple-simple dah cukup,jangan lebih dari pengantin.


Categories :

Tags:

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.