TIPS MEMIKAT HATI MERTUA

persediaan-perkahwinan-checklist-bakal-pengantin-4

 

Kali pertama bertemu dengan mak mertua pasti membuat anda semua tidak senang duduk. Pelbagai andaian negatif pasti muncul di benak fikiran kan? Rasa berdebar tu macam dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kan. Tapi usah diingati momen itu. Ia sudah menjadi sejarah. Kini, anda sudah berstatus menantu. Untuk menjadi menantu kesayangan dan disenangi oleh mertua kenalah tahu tips dan teknik macam mana nak mengambil hati mertua kan.

1. Jangan masuk campur

Layan mak mertua nada dengan baik dan jangan masuk campur urusan dia selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Cukup sekadar bertanya khabar sama ada mak mertua anda dalam keadaan baik-baik sahaja.

2. Rajinkan diri

Apabila anda pulang ke kampung si suami, pastikan anda semua ringankan tulang dan rajinkan diri membantu mak mertua anda di dapur dan mengemas apa yang patut. Jangan balik kampung tapi berkurung je dalam bilik dan berkepit je dengan handphone anda yang mahal tu. Tak pandai masak pun takpe, janji anda tunjukkan semangat anda untuk belajar memasak.

26c921ccc2fa7315111b7156ac20630d

3. Banyakkan berbual

Yang ni penting. Pastikan anda mengambil sedikit masa daripada 24 jam tu untuk berbual dengan mak mertua anda. Kebiasaannya, orang tua suka kalau kita yang muda menjadikan dia sebagai pusat rujukan. Telefon mak mertua anda sekiranya anda tidak dapat pulang ke kampung dan bertanyalah keadaannya dan resepi-resepi makanan yang menarik yang anda boleh pelajari.

4. Jangan berkira dengan duit

Berbelanjalah sedikit barang-barang keperluan untuk keluarga mertua. Apabila pulang ke kampung, pastikan anda beli buah tangan. Jangan sesekali datang ke rumah mertua dengan tangan kosong kalau tidak mahu dicop kedekut tahi hidung masin oleh keluarga mertua anda.

Nama-Aku-Duit

5. Jangan memburukkan keluarga mertua dihadapan pasangan

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keluarga mertua anda, jangan sesekali memburukkan keluarga mertua anda dihadapan pasangan anda. Seeloknya, anda bincang secara berhemah dengan pasangan anda mengenai situasi anda. Mana tahu pasangan anda boleh melontarkan sedas dua tips untuk anda overcome masalah yang anda hadapi kan?

Terima kasih kerana sudi membaca. Ingat, hormati dan sayangilah mak mertua anda seperti anda meyayangi mak kandung anda sendiri. Okay?

***Gambar-gambar credit to Google***

Categories :

Tags:

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.