Tips Kahwin Murah Tapi Meriah

Pernah tak dengar wedding gah macam perkahwinan diraja dan mewah seperti kerabat diraja. Fuhh lain macam perumpamaan minmin ni. Btw guys, apa yang minmin cakap ni serius tau! Wedding dah mewah tapi tak meriah. Emmm sesuatu maknanya tu.

Rancang majlis bersejarah dan elakkan lah kos perbelanjaan yang besar. Ikut kemampuan jangan ikut kehendak dan nafsu. Kalau kawin sebab nak menunjuk yang wedding uolss meletop tak kemana lah jawabnya.

 

Jom tngok panduan kahwin jimat dan meriah minmin:

#1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.

#2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kumtum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.

#3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.

#4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.

#5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.

#6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.

#7.Kalau akad nikah dan bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.

#8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.

#9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap jugak.

#10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.

 

Buatlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan, bukan mengikut trend atau pun artis-artis. Yang penting majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Good Luck bagi yang baru menempuh alam perkahwinan.

Categories :

Tags:

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.