Untuk kali ini kami nak share beberapa tips sebelum pergi tempah kad kahwin.Tempah kad kahwin awal 1 atau 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan takut nanti tak sempat.
1)Survey
Pertama,buat survey dulu melalui majalah,internet untuk mendapatkan design yang menarik dan murah.Boleh tanya sekali dengan kawan untuk memberi option yang terbaik.Bandingkan harga dan pilih ikut citarasa masing-masing.
2)Simple tetapi menarik
Kad kahwin tidak perlu terlalu fancy.Simple je dah cukup.Boleh je nak buat grand sedikit.Ikut badjet masing-masing.
3)Harga
Harga kad perkahwinan adalah berbeza mengikut design,stail,corak,kuantiti tempahan.Perlu bergantung kepada kemampuan anda.
4)Jenis
Ada pelbagai jenis kad perkahwinan.Ada yang berlipat tiga atau dua,selain dari itu jenis sekeping bercetak depan dan belakang.Semakin banyak kertas digunakan semakin mahal lah harganya.
Pastikan trust seller jika anda tempah secara online.
5)Maklumat majlis
Pastikan ada tarikh,aturcara majlis,nama pasangan,nama waris sebelum kad dicetak.Kalau ada pertukaran,perlu beritahu awal sebelum kad jemputan dicetak.
6)Nombor telefon untuk dihubungi
Masukkan nombor untuk dihubungi ke dalam kad jemputan.Seharusnya letak nombor keluarga anda sendiri, ayah,ibu atau adik beradik.Ini dapat memudahkan bakal tetamu untuk menghubungi nombor-nombor tersebut apabila mereka gagal mencari lokasi majlis pada hari majlis berlangsung.Elakkan letak nombor anda.Takut nanti menganggu hari majlis anda.
7)Peta lokasi majlis
Seeloknya lakar sendiri location.Jangan percaya google map.Kadang-kadang lokasi anda ada yang tiada dalam google map. Jadi, lakar sendiri kemudian bagi pihak pencetak cantikkan menggunakan idea grafik mereka supaya jelas dan mudah difahami.Dan tetamu yang datang tidak sesat.
Kesimpulannya survey dulu sebelum membuat tempahan.Bandingkan harga. Ada pelbagai jenis kad perkahwinan,boleh pilih ikut citarasa masing-masing.Seterusnya maklumat majlis,nombor telefon untuk dihubungi dan peta lokasi majlis jangan lupa.Ini akan memudahkan bakal tetamu untuk sampai ke majlis anda nanti.
2 Responses
Assalamualaikum
Waalaikumussalam… Hi Cik Siti