Sabda Nabi S.A.W:
“Amalan yang pertama yang dihisab (Allah) atas seseorang hamba pada hari kiamat nanti ialah solat. Jika solat seseorang itu baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya”.
(HR At-Tabrani)
APA ITU SOLAT?
Solat ialah satu ibadat yang menghubungkan hamba dengan Tuhannya yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Solat merupakan tiang agama dan Allah mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat. Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimat syahadah.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”.
(An-Nisa:103)
Fikir sejenak. Berapa banyak majlis perkahwinan yang kita hadiri baik pengantin mahupun keluarga pengantin tidak menunaikan solat. Apabila ditanya, jawab mereka, “alaaaa~ Nanti kakak qadha lah”. “ Hish jangan lah sibuk. Kubur masing-masing kan?”. “Weh, aku dah make up ni weh. Kang nak solat, satu hal nak touch-up balik”. “Aku bayar mak andam berghibu weh”. Pelbagai lagi jawapan yang kita boleh jangkakan keluar dari mulut pengantin apabila sentuh mengenai solat.
Namun demikian, tidakkah mereka sedar dosa yang bakal mereka tanggung sekiranya mereka meninggalkan solat? Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah lindungi diri kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya. InshaAllah.
Disini, saya kongsikan tips bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan. Harap ia membantu anda semua. InshaAllah.
- Berwuduklah sebelum make up
Jaga wudhuk anda sebaik mungkin dan silalah tinggalkan pesanan penaja kepada suami kesayangan anda, supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku. Kalau suami nak sentuh juga, tunjuk je penumbuk yang dilengkapi cincin bertatahkan belian tu kat dia. Bagi dia gerun sikit. Hikhik.
- Mulakan majlis selepas masuknya waktu Zohor
Kita tahu, kadang-kadang sahabat, jiran atau saudara-mara gemar menunggu sehingga majlis tamat. Jadi, dengan mulakan majlis selepas zohor para tetamu dapat menunaikan solat dahulu sebelum bergosip di majlis perkahwinan anda.
- Pesan kepada warga P.A system supaya menghormati Adzan yang berkumandang
Pesan kepada P.A system supaya memasang lagu yang jenis slow, tidak terlalu kuat dan bukanlah lagu jenis menghairahkan seperti dangdut. Seeloknya, pasang sahaja zikir-zikir atau lagu nasyid di majlis perkahwinan anda. Jangan dicemari dengan aktiviti melalaikan. InshaAllah, Allah berkati majlis perkahwinan anda.
BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
- Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh
Letakkan penunjuk arah ruang solat kepada tetamu yang jauh. Cadangkan mereka untuk bersolat terlebih dahulu sementara menunggu kedatangan pengantin.
- Cari lokasi majlis yang berdekatan dengan surau/masjid
Kadang-kadang, ada juga tetamu yang tidak gemar untuk solat diruang yang kecil. Jadi, anda boleh memilih lokasi majlis anda berdekatan dengan surau atau masjid untuk memudahkan tetamu yang hadir menunaikan solat.
- Tulislah di kad jemputan ‘ Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis’
Tidak salahkan beri peringatan kepada para tetamu untuk solat terlebih dahulu sebelum menghadiri majlis perkahwinan anda. Secara tidak langsung, tetamu anda tidak terkejar-kejar untuk menunaikan solat.
Perkahwinan yang awesome ialah perkahwinan yang diberkati. Solatlah anda sebelum terlambat. Sesungguhnya solat itu tiang agama. Apa gunanya cantik, handsome dan kaya tetapi menjadi makhluk yang angkuh dan sombong kerana tidak mahu sujud kepada Allah yang Maha Berkuasa.
***Gambar-gambar credit to Google***