Setiap pasangan yang baru berkahwin semestinya mahukan privacy untuk meluangkan masa bersama. Destinasi yang menjadi pilihan untuk berhoneymoon perlulah ada ‘sesuatu’ untuk dijadikan satu kenangan manis dalam melayari bahtera rumahtangga. Acewwahh~~~
Jom kita lihat beberapa tempat menarik untuk berhoneymoon yang menarik di dalam Malaysia.
- Pantai Cherating, Pahang
Pantai Cherating ni memang cukup sinonim dan terkenal sebagai destinasi perlancongan dan berbulan madu terutamanya kalau dari Semenanjung Malaysia. Kalau anda tak pernah dengar pasal Pantai Cherating, sah anda ni pendatang asing. Hehe. K gurau je.
Ia amat sesuai dijadikan tempat untuk berbulan madu kerana kawasan pantainya yang cantik dan hamparan pantai yang luas serta lapang memang sesuai untuk anda berlari berkejar-kejaran di persisiran pantai seperti dalam movie Hindustan. Walaupun airnya tak sejernih di Pulau Tioman dan Rawa namun ia cukup landai dan selamat untuk anda mandi-manda.
Antara aktivit yang menarik yang boleh anda dan pasangan lakukan kalau memilih Cherating sebagai destinasi honeymoon ialah:
- Mandi laut, river cruise di Sungai Cherating
- Melihat kelip-kelip
- Berkanu dan surfing
- Melawat Santuari Penyu Cherating
- Makan sata dan otak-otak di Kg Geliga Kemaman
- Ke Zoo Kemaman
Suria Beach Resort dan Impiana Cherating Resort ialah antara tempat penginapan dan resort yang strategik di sekitar Cherating. Club Med Cherating juga sesuai bagi sesiapa yang mempunyai bajet lebih kerana ia menawarkan servis yang umpphhh disamping penginapan yang hebat. Anda pasti takkan menyesal.
2. Cameron Highland
Ada juga pasangan yang tidak gemarkan suasana panas memandangkan mereka perlu duduk renggang-renggang. So, the only option they have ialah pergi ke tempat sejuk di Malaysia. Opss~ Apa? Ingat Malaysia takde tempat sejuk ke? They can go to Cameron Highland lah. Yeayy!
So, apa yang interesting sangat Cameron Highland ni? So far, Cameron Highland memang popular dikalangan foreigner dan our local people sebab ia menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik yang anda dan pasangan lakukan. Antaranya ialah melihat keindahan pemandangan ladang teh, kebun buah strawberi – kat sini boleh petik buah strawberi tau, taman bunga dan banyak lagi. Berbaloi kan. Pergi tempat sejuk, hubby hadiahkan bunga dan strawberi kat kita. Ommoo~ sweet sangat~
Alang-alang dah sampai Cameron Highland, tempat sejuk, hubby pun ada kan. Boleh lah minta hubby bawak awak jalan-jalan sebelum sibuk dengan tuntutan kerja kan? Anda dan pasangan juga boleh pergi ke tempat-tempat yang disenaraikan dibawah ini.
- Melawat ladang teh, kebun bunga, taman rama-rama dan kebun buah strawberi
- Jungle trekking
- Main golf
- Melawat Muzium Time Tunnel, perkampungan orang asli
- Mengembara dalam hutan dan mandi air terjun
- Singgah di pasar malam untuk menjamu makanan orang tempatan dan membeli buah serta sayur-sayur yang segar.
Jangan risau, kat Cameron Highland ni juga ada menyediakan penginapan yang menarik seperti Cameron Highland Resort. Ia merupakan salah satu destinasi penginapan yang menarik, romantik, tenang dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau. Sesuai sangat untuk berbulan madu dan meluangkan masa dengan kesayangan.
3. Batu Feringgi, Penang
Salah satu destinasi yang paling ideal dan menarik bagi pasangan yang sukakan aktiviti air dan berdekatan dengan bandar utama ialah Batu Ferringgi yang terletak di Penang.
Batu Ferringgi dan Penang sangat terkenal dengan pelancong dari dalam negara dan luar negara. Melancong disini umpama melancong di luar negara kerana ramai pelancong asing sukakan suasana di Batu Feringgi ni.
Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bersama pasanagan anda sekiranya anda memilih Batu Feringgi sebagai lokasi untuk berhoneymoon antaranya ialah:
- Mandi pantai dan sukan air seperti jetski, banana bot & paragliding
- Melawat Taman Botani Penang
- Shopping di pasar malam Batu Feringgi
- Melawat tempat berseni dan muzium 3D
- Pusing-pusing di bandaraya Georgetown
Destinasi penginapan menarik di Betu Feringgi yang dicadangkan ialah di Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa. Ia amat sesuai dijadikan tempat penginapan anda untuk berbulan madu kerana ia memiliki elemen tepi pantai dan mewah. Yang paling menarik sekali ialah ia betul-betul terletak berhadapan pantai Batu Feringgi. Pasti waktu petang merupakan detik yang tidak boleh dilepaskan untuk bersama pasangan anda melihat sunset sambil makan aiskrim!
4. Pulau Redang, Terengganu
Pulau Redang memang sangat terkenal dengan pasir pantai putihnya yang gebu gila, air lautnya yang sangat jernih dan kaya dengan hidupan marin yang sangat ‘rare’. Tak perlu scuba diving di kepulauan Sabah untuk melihat penyu, di Pulau Redang dengan snorkeling sahaja pun sudah boleh jumpa penyu di dasar lautnya yang sangat jernih.
Pergi ke pulau untuk berhoneymoon memang menjadi trend dikalangan rakyat di Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda sekiranya anda memilih Pulau Redang sebagai destinasi berhoneymoon anda
Mari kita lihat aktiviti yang menarik yang anda boleh lakukan sekiranya anda bercuti ke Pulau Redang
- Menyelam/ scuba diving
- Snorkeling
- Berkayak di persisiran pulau
- Bersiar-siar di pasir pantai sambil melihat matahari terbenam
- Jungle trekking ringan-ringan di tengah pulau.
- Wind surfing
Untuk penginapan pula, di sini terdapat beberapa resort dan chalet yang murah ataupun yang agak mahal. Anda boleh pilih bergantung kepada bajet masing-masing. Tapi apa salahnya memilih penginapan dan resort yang selesa untuk mendapatkan “feel” yang lebih romantik kan.
Salah satu resort yang dianggap memang sangat cantik dan sesuai untuk honeymoon ialah Taaras Beach & Spa Resort.
Taaras Beach & Spa Resort terletak berdekatan dengan pantai yang pasirnya putih dengan air laut yang jernih membiru. Memang best ! Memandangkan Pulau Redang di Pantai Timur, lebih elok kalau ke sini sebelum bulan Oktober dan selepas bulan Mac bagi mengelak musim tengkujuh.
- Bandaraya Melaka
Melaka memiliki banyak tempat yang manrik untuk dilawati sekiranya anda inginikan percutian yang singkat sambil berbulan madu. Aktiviti di Melaka tidak tertumpu kepada tarikan alam semulajadi. Ia lebih kepada tempat-tempat untuk bersiar-siar dan cuci-cuci mata. Banyak tinggalan kesan sejarah yang anda boleh lawati disini. Bahkan, Melaka juga memiliki tempat-tempat makan yang best yang anda boleh kunjungi. Gerenti puas hati.
Secara amnya, berikut adalah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan kalau bercuti ke Melaka.
- Melawat tempat bersejarah seperti Kota A Famosa dan muzium-muzium
- Naik bot menyusuri Sungai Melaka / naik beca berhias untuk melihat keindahan bandar Melaka
- Melawat Zoo Melaka dan Night Safari
- Aktiviti yang lebih mencabar di Taman Tema Air A’Famosa Resort
- Membeli cenderahati di Jonket Street
- Makan malam di medan ikan bakar yang terkenal di Melaka
Salah satu penginapan romantis di Melaka ialah Hotel yang memiliki 66 buah bilik yang dinamakan Casa Del Rio. Casa Del Rio yang bermaksud ‘Rumah Di Tepi Sungai’ dalam bahasa Sepanyol tepat menggambarkan kedudukan hotel ini. Keseluruhan seni bina berinspirasikan campuran seni bina Portugis, Belanda dan Mediterranean menimbulkan aura eropah yang romantik. Hotel ini terletak dengan tempat-tempat menarik di Melaka. Hanya jalan kaki dari sini kalau nak naik bot di Sungai Melaka ataupun nak ke Jonker Street. Menarik bukan?
Jadi, apa tunggu lagi. Rancanglah honeymoon anda mulai sekarang. Pihak Miezipro Production Sdn Bhd mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan yang baru sahaja diijabkabulkan. Semoga bahagia till jannah. Amin.
***Gambar-gambar credit to Google***