Putus Hubungan & Sukar Melupakan Si Dia Dalam Hidup? Buat 5 Perkara ini Untuk Move On

Bila orang yang paling korang sayang dalam hidup korang, tapi tiba-tiba dia cakap dia taknak teruskan hubungan lagi dengan korang. Perghhh! Sakitnya tuh disini! Mesti susah nak lupakan semua kenangan sebab terlalu banyak kenangan manis sampai bersemut korang  bersama.

Takdir jua memisahkan korang berdua. Meninggalkan impian dan janji-janji manis yang korang pernah buat dulu. Ia amat menyakitkan dan seharusnya perlu berperang dengan hati untuk melupakannya.

 

 

5 Tips Untuk MoveOn

#1. Beri Waktu

Korang perlu lebih banyak bersabar. Beri waktu pada hati korang, kesian pada hati korang. Biarkan kenangan itu berlalu perlahan. Tak perlu terburu-buru nak lupakan semua kenangan dan memori tentang dia. Bila korang dah boleh lupakan tentang dia sikit demi sedikit, keikhlasan akan datang pada diri korang.

#2. Cari Punca Masalahnya

Kenapa korang susah nak lupakan dia? Apa yang membuatkan korang masih terus dibayangi oleh Si Dia? Cari jawapan dan punca masalahnya. Jika alasan tak boleh melupakannya kerana kenangan yang pernah ada, korang boleh mulai dengan membuang barang-barang yang dia pernah bagi dan blok semua di media sosial.

#3. Cari Alasan

Cuba cari alasan kenapa korang dan Si Dia tak ditakdirkan bersama. Buat saja, contohnya 101 alasan korang dan dia tak sesuai satu sama lain. Cara ini akan membuat hati terasa lebih lepang dan tenang. Sekali gus jadi cara untuk meghalang korang untuk kembali mengingati lagi wajah dia.

#4. Fokus Pada Diri Sendiri

Sekarang Waktunya untuk mengalihkan fokus. Daripada membuang masa memikirkan dia yang sudah pergi, lebih baik korang pentingkan  diri sendiri. Lakukan sesuatu yang boleh membuat korang sibuk. Manfaatkan waktu dengan melakukan berbagai-bagai hal yang boleh memberikan faedah pada diri sendiri.

#5. Berhenti Membencinya

Pernah menduga kalau salah satu alasan korang sukar melupakannya sebab ada rasa benci dalam dada? Berdamailah dengan rasa benci itu. Berhentilah membenci atau kecewa dengan masa lalu itu. Bagaimanapun semua itu sudah terjadi sebahagian daripada perjalanan hidup korang. Sekarang, apakah korang betul berdamai dan melupakan Si Dia yang dulu pernah jadi sebahagian dari hidup korang? Percayalah, akan ada seseorang yang jauh lebih baik dari masa lalu korang.

 

Selamat Mencuba korang <3

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.