PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

           Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah. Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan. Tips yang ingin admin nak share ini ialah beberapa petua supaya rumahtangga anda bahagia. InsyaAllah..

RESTU IBU BAPA

Restu kedua-dua ibu bapa dan mertua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT.

HORMATI PASANGAN ANDA

Hormati suami sebagai ketua keluarga.Cuba berbincang jika ada perkara yang tidak elok berlaku. Hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.

Cuba bicara berdua dengan nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut.

HARGAI PASANGAN ANDA

Hargai pasangan anda.Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya mereka akan rasa dihargai.

Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan lah pasangan anda hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadiranya di dalam hidup anda.

KOMUNIKASI ANTARA PASANGAN

Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah.

Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain.

PERSEFAHAMAN ANTARA SATU SAMA LAIN

Persefahaman antara suami isteri amat penting agar hubungan kekal harmoni.Kebahagiaan akan datang bila setiap pasangan mempunyai sikap bertolak-ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

Restu ibu apa sangat penting untuk mendapatkan keberkatan dalam sesebuah rumahtangga.Selain itu juga, hormati lah pasangan anda dan hargai setiap apa yang telah dilakukan. Kemudian, jangan sesekali meninggikan suara dengan pasangan anda. Anda perlu saling memahami antara satu sama lain. Dan akhir sekali,persefahaman antara suami isteri perlu ada untuk mendapatkan hubungan kekal harmoni dan bahagia.

Sekian dari Miezipro terima kasih 🙂

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.