PERLU KE PHOTOGRAPHER UNTUK WEDDING?

Stresss, Stresss, Stresss, Stress

Stress,Stress, Stress

Stress, Stress

Stress!

 

Masa MakNah pi wedding best friends MakNah, saje la MakNah duduk satu meja dngn kakak pengantin sbb nak borak, Yelah MakNah kan always alone. huhu. Dalam borak2 tu dia ada sentuh pasal PHOTOGRAPHER¬†ūüôā dia bising sbb adiknya amik pakej kahwin sampai beribu2, membazir katanya!! Dia cakap sepatutnya¬†RM500¬†je dah cukup untuk bayar PHOTORAPHER, duit lebih boleh buat benda lain. MakNah senyum je lah walaupun pahit. Hahaha. MakNah tak bagitau pun yang MakNah ni¬†wedding photographer, halu dalam hati ni membara tahu tak! But senyum je.. Khecinggg!

 

So kali ni MakNah tak boleh nak diam diri mcm kayu balak! Ceh marah. Haha. Tak marah cuma nak sampaikan je apa yang MakNah rasa. MakNah nak bagi tau korang kenapa perlu hire PHOTOGRAPHER yang baik dalam sesebuah majlis perkahwinan. MakNah malas lah nak berdebat dngn akak dia masa tu, takut kene siram dngn air sirap pulak, dah la muka bengis gila! Hahaha. Sorry.

 


 

1# Kalau tengok¬†budget¬†untuk kahwin secara kasar;¬†catering¬†RM20,000¬†, baju kahwin+mak andam+pelamin¬†RM2,000 ‚Äď RM5,000, brg hantaran¬†RM3,000,¬†goodies¬†RM2,000¬†dan lain-lain lah. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya¬†gambar dan video¬†kahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Dah ade anak cucu pun kau still lagi boleh tunjuk bukti yg dulu korang pernah cantik! Hahaha. Tetapi¬†investment¬†untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pengantin. MakNah x rugi apa – apa, yang rugi korang lah. Uhukss

 

2# MakNah pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2 n ade tau yang sampai setengah juta! Whatttt. Tapi bila tanya dia, PHOTOGRAPHER majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai diapun menangis depan PHOTOGRAPHER tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa? pikir Рpikir lah sendiri yee.

 

3# Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan? emmmmm

 

4# 20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tupun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event(nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budget RM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu.

 

Kesimpulannya, bagi MakNah gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.

Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.

Masih boleh tergelak dengan¬†peristiwa berpuluh2 tahun¬†dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus dan flawless, hehe. Anak2 dan cucupun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah¬†‚Äėprecious moment‚Äô¬†yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je¬†seumur hidup¬†tapi masih ramai tak ambil peduli ūüôā

Harap luahan MakNah dapat bg korang inspirasi <3

Good Luck

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.