PERKARA PENTING ELAK JADI ISTERI NUSYUZ

Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Apabila terbitnya ikatan perkahwinan ini, maka akan terbitlah juga satu bentuk hubungan yang perlu dijaga oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi isteri. Jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan suami , dia akan keluar daripada mentaati suaminya atau nusyuz.

1.KELUAR RUMAH TANPA KEIZINAN SUAMI

Apabila isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak keluar bekerja atau ke mana-mana, hendaklah meminta izin daripada suami. Namun,beberapa hal yang boleh dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntuk hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya.

2.ENGGAN IKUT SUAMI BERPINDAH

Jika suami ditugaskan ke tempat lain dan memaksanya untuk berpindah,maka isteri juga wajib mengikutinya. Jika isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Namun, isteri boleh untuk tidak mengikuti suami jika isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit seperti coronovirus.

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

3.TIDAK MEMBUKA PINTU UNTUK SUAMI

Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau bilik dengan tujuan melarang suami masuk.

4.TIDAK MENYERAHKAN DIRI KEPADA SUAMI

Walaupun maksudnya agak remeh, namun berdosa besar. Jika seorang isteri tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa isteri tersebut kerana menolak keinginan suami.

5.TIDAK MENGENDAHKAN PANGGILAN SUAMI

Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.


Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah. Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur. Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama. Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama. Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.