Sebenarnya, ada pelbagai jenis album yang dipilih oleh bakal pengantin untuk dijadikan koleksi peribadi mereka sepanjang hayat. Kebiasaannya album kahwin yang dpilih oleh bakal pengantin bergantung kepada bajet mereka sendiri. Semakin berkualiti album, semakin mahal harganya. Berikut adalah jenis album yang paling mendapat sambutan di kalangan raja dan permaisuri sehari.
Album Mockup Sticky
- Album Mockup Sticky merupakan kulit album depan belakang yang memiliki image wrap. Ia dipanggil sticky kerana permukaan disebalik “transparent filter” adalah melekit. Ia lebih dikenali sebagai album lekat sendiri. Saiz gambar ialah 4R dan tahan lama kerana filter ini akan melindungi gambar dari rosak. Album ini juga memiliki gambar yang banyak. Jika anda menginginkan kuantiti banyak, album ini sesuai degan kehendak anda.
Story book / Custom Album
- Ia merupakan album dimana gambar disusun secara digital mengikut atur cara majlis. Album ini memiliki gambar bersaiz besar, susunan gambar yang menarik dan cantik bahkan tahan lama. Ia mengandungi gambar yang banyak dan helaian dalaman album lebih tebal. Pereka grafik akan membuat susunan gambar yang akan diprint terus dalam album ini.Cover hadapan adalah kaca, kenalah berhati-hati menyimpannya. Jika anda mementingkan kualiti, maka custom album harus menjadi pilihan terbaik.
Photobook Album
- Ia dikenali sebagai album majalah. Konsepnya sama seperti story book tetapi helaian dalamnya lebih nipis namun grednya sangat bermutu dan seakan-akan majalah warna penuh dimana photobook ini penuh dengan gambar tetapi mempunyai sedikit editing tulisan. Ia merupakan cetakan terus keatas kertas jenis “matte”, tidak silau dan sejuk mata memandang.
- Saiznya yang kompak dan kecil serta ringan menjadikan ianya mudah untuk dibawa dalam beg tangan. Jadi takperlu lah bawak album besar yang berat tu untuk tontonan rakan-rakan sepejabat kan?.
Okay sekarang dah fahamkan?
Diharap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda semua.
Jangan lupa kongsikan aba beza album kahwin ni pada rakan taulan 🙂