Lelaki jenis pemalu memang seseorang yang agak misteri. Bukan mudah nak mendekati lelaki jenis ini. Ramai wanita yang binggung bila berhadapan dengan lelaki pemalu.
Zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang pemalu. Kebanyakkan lelaki zaman sekarang ramai yang cuba berpewatakan ”macho”. Tapi kalau anda mempunyai teman lelaki jenis pemalu, anda sangat beruntung kerana lelaki jenis ini sangat limited edition!
Buat wanita di luar sana yang bingung cara untuk pikat lelaki pemalu, meh sini kami kongsikan sedikit tips untuk anda.
1. Sukakan wanita yang tahu jaga privasi diri
Lelaki jenis pemalu sukakan wanita yang tahu menjaga privasi diri. Menjaga privasi boleh jadi seperti tahu jaga batas dalam pergaulan, menghormati orang tua, tidak mencarut dan yang seangkatan dengannya.
2. Selalu melindungi dirinya yang pemalu
Lelaki pemalu sukakan wanita yang lebih dominan dan wanita yang tahu menguruskan sesuatu perkara. Bila wanita tu tahu cara menguruskan sesuatu perkara tu, wanita tahu cara jaga dan lindung lelaki seperti ini. Lelaki seperti ini sangat bergantung dekat seseorang yang dia percaya. Maka, jadilah wanita yang dipercayainya.
3. Boleh terima lifestyle mereka
Oleh sebab mereka ini jenis yang tak banyak bercakap, lelaki seperti ini mengharapkan pasangan hidup yang boleh memahami dirinya. Taknak lah wanita yang suka memaksa dia untuk cuba bercakap banyak dan berkata manis seperti buaya darat (eh tiber) sedangkan lelaki jenis ini hanya bercakap bila mereka mahu.
!!! BONUS !!!
Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur
4. Berbual dengannya
Lelaki seperti ini tidak tahu bagaimana mahu memulakan sesuatu perbualan. Mereka agak susah nak meluahkan apa yang mereka mahu. Jadi, kalau nak pikat lelaki jenis ni awak kene cuba mencari topik untuk memulakan perbualan kalau nak dia bercakap dengan awak. Kalau dia dah mula bercakap dengan awak, kira step awak permulaan awak dah berjaya la tu.
5. Suka mencuri hatinya
Kalau awak jenis yang gila-gila, itu adalah bonus untuk awak. Lelaki jenis pemalu sukakan wanita yang pandai mencuri hatinya. Bila awak berjaya buat lelaki jenis ini ketawa, lagi mudah awak nak rapat dengan mereka. Tapi kalau awak bukan jenis perempuan yang funny atau gila-gila, jangan bersedih. Cubalah curi hati mereka dengan masakan pula. Masa ni la nak tunjuk bakat memasak kita. Mana tahu boleh terus jadi calon bini. hehe
Untuk wanita yang tengah cuba memikat lelaki jenis pemalu ni, GOOD LUCK! Yang paling penting nak ngorat orang ni kene yakin dengan diri sendiri. You go girlss!!