Selain daripada melangsungkan majlis perkahwinan di ballroom dan dewan serbaguna,rumah kediaman juga adalah antara pilihan lokasi majlis.Sekiranya majlis yang diadakan di rumah selalunya akan mengambil konsep katering atau rewang.
Apakah maksud rewang?
Rewang adalah bahasa jawa yang bermaksud gotong royong.Dalam perkahwinan rewang membawa maksud jiran tetangga dan ahli keluarga yang membantu menjayakan majlis perkahwinan dan terutama sekali dari segi makanan.
Kelebihan menggunakan khidmat katering dan rewang
Ini ialah senarai perbandingan di antara kedua-dua bagi memudahkan bakal pasangan pengantin membuat pilihan.
#1 Kos
Dari segi perbelanjaan ,penyediaan makanan amat penting dan melakukan secara rewang dapat menjimatkan sekira tuan rumah mempunyai kelengkapan memasak yang mencukupi.Selain itu,periuk belanga dan perkakasan masak adalah alatan yang paling utama untuk memasak.Selain tu, penganjur majlis perlu menyediakan pinggan,mangkuk,cawan,sudu dan lain-lain.Sekiranya penganjur tiada peralatan maka cost akan menjadi meningkat.Lebih baik menggunakan perkhidmatan katering kerana mereka mempunya peralatan yang lengkap.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#2 Kebersihan
Tiada jaminan pihak katering adalah lebih terjaga kebersihan dari segi penyediaan makanan berbanding dengan cara rewang.Namun katering mempunyai sedikit kelebihan kerana mereka sentiasa menjadikan kebersihan sebagai perkara utama untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan servis mereka.
#3 Masa
Antara kelebihan besar katering berbanding rewang di mana tuan rumah tidak perlu memperuntukkanmasa yang banyak untuk menyediakan makanan dan sebagaiannya. Ia telah di uruskan semua dengan pihak penyedia katering yang dilantik.
#4 kawalan
Rewang mempunyai kawalan yang lebih terhadap majlis.Anda bebas untuk membeli bahan di kedai yang murah.Ia juga bebas untuk menentukan masakkan dan bebas untuk menentukan kualiti bahan yang dibeli.
#5 Logistik
Rewang memerlukan sisitem logistik yang agak rumit di mana ia juga memerlukan ruang yang besar untuk kerja-kerja rewang dan kemungkinan meningkatkan kos majlis keranan harus menyediakan kos tambahan untuk majlis.Ini adalah contohnya seperti khemah,makan minum pekerja rewang dan sebagainya.Ia memerlukan tenaga kerja yang ramai,malang sekali jika anda merupakan seorang yang ‘lone ranger’,tak bercampur masyarakat,eloklah lupakan sahaja rewang dang gunalah perkhidmatan katering.
#6 keseragaman dan uniform
Diketahiu umum bahawa pihak katering akan membawa pihak bersama pasukan yang akan membantu kerja-kerja penyedia makanan.Kebiasaan mereka akan memakai uniform.Dengan pemakaian yang kemas dan beruniform anda dapat membezakan di antara tetamu dengan petugas.
Harap dengan sedikit maklumat ini anda dapat melalukannya dengan baik…