Dah tahu tempat dan bajet untuk anda berbulan madu? Disini kami ada beberapa info tempat menarik untuk anda berbulan madu.
1) Tempat bajet
Firstly,anda perlu buat survey tempat-tempat yang anda nak pergi.Bila dah ada senarai tempat barulah boleh pilih yang mane yang bagus untuk anda pergi berbulan madu.Pilih yang sesuai dengan bajet anda dan pasangan.Tempat anda berbulan madu tak semestinya yang jauh-jauh.Yang dekat-dekat pun dah OK.Seeloknya cari yang ade pakej berbulan madu jimat sikit. Sekarang ni banyak Travel Agency yang menawarkan pelbagai pakej bulan madu yang menarik dan harganya pun berpatutan.
2) Merancang
Rancang bulan madu anda 2 atau 3 bulan awal. Tengok dulu tarikh yang telah anda tetapkan. Bukan apa takut tak kena dengan musim. Contohnya musim cuti sekolah,sudah tentu ramai keluarga pergi bercuti.Berada dekat tempat orang yg ramai boleh buat kita huru-hara dan boleh buat mood kita terganggu.
3) Tempat menarik untuk bulan madu
1) Cameron Highland Di Pahang
Udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Banyak tempat-tempat yang boleh dilawati contohnya ladang teh boh. Strawberi farm. Anda juga dapat merasa nikmat makan strawberi yang fresh.Bukan itu je, anda dapat petik sendiri lagi.Selain dari itu ada Cafe, boleh lah bersantai-santai minum teh sambil menikmati pemandangan ladang teh hijau. Terdapat kedai cenderamata juga boleh lah belikan baju,keychain dan lain-lain. ladang sayur,dan bunga segar.
2) Langkawi Di Kedah
Istimewanya Langkawi ialah terdapat pantai dan aktiviti menarik di laut seperti snorkeling dan main jet ski.Pulau langkawi ini agak besar,destinasi pelancongan pun banyak. Anda juga boleh melihat pemandangan Pulau Langkawi dari puncak yang paling menarik iaitu SkyBridge. Untuk ke skybridge anda boleh menaiki kereta kabel.
Di Langkawi juga terdapat banyak pantai-pantai yang menarik antaranya ialah Pantai Chenang,Pantai Tanjung Rhu,Pantai Tengah,Pantai Pasir Tengkorak,Pulau Payar Marine Park dan Pulau Beras Basah.
Pulau Langkawi juga mempunyai beberapa tarikan semulajadi yang boleh anda lawati.Antaranya ialah Kilim Forest Park,Gunung Raya,Tasik Dayang Bunting,Air Terjun Telaga Tujuh.
Terdapat juga beberapa tempat makan sama ada nak makan di gerai,hotel/restoran. Pasar malam pun ada.Pasar malam yang besar ialah pasar malam pekan kuah sambil-sambil tu boleh lah cuci mata sekali.
3) Melaka
Negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana Melaka merupakan bandar bersejarah di Malaysia.
Kota A Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi Negeri Melaka.Tempat yang memang wajib kita selfie/ambik gambar. Di sini juga terdapat beca yang boleh anda naik.Ada macam-macam jenis beca yang diperagakan.Nampak tak betapa kreatif nya rakyat Melaka.
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai yang paling best di Melaka. Kenapa best ? Sebab terdapat satu lokasi yang unik iaitu Kawasan Pasir yang sedikit tersorok.Dekat situ anda boleh lah buat sesi photoshoot berbulan madu anda tu.Jangan risau walaupun tempatnya sedikit tersorok,tetapi sentiasa ramai yang datang.
Jadi macam mana? Bila dah ada senarai tempat yang menarik dengan bajet untuk anda dan pasangan pergi baru lah seronok.Tak pening lagi memikirkan nak berbulan madu ke mana.Tinggal nak pergi je.Tarikh pun dah book awal ia memudahkan anda dan pasangan nanti. Nak pergi berbulan madu dalam Malaysia pun seronok juga asalkan sentiasa bersama pasangan anda. Masa ni lah anda boleh luangkan masa yang sepenuhnya bersama yang tersayang.
SUMBER : GOOGLE