Pada permulaan perhubungan yang baru memutik mungkin tanda-tanda si dia jatuh cinta pada anda tidak terlalu ketara apatah lagi jika perhubungan itu baru sahaja terjalin. Jadi bagaimana caranya untuk mengesan jika si dia mahukan sebuah perhubungan serius bersama anda? Apakah tanda ketara yang si dia mencintai anda?
Selidik jika si dia benar-benar mencintai anda dan mahukan sebuah perhubungan yang pasti akan menjejak ke alam ruamh tangga bersama.
1. RENUNGAN MATA
Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai seseorang atau sesuatu, mereka akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benar-benar jatuh cinta akan anda.
2. JATUH HATI
Jika seorang lelaki sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu tentang peribadi, keinginan, impian dan inspirasi tentang anda, hakikatnya si dia sudah mula mencintai anda.
!!! BONUS !!!
Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
3. MEMBAWA ANDA BERJUMPA KELUARGANYA
Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik melambangkan cintanya pada anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk fasa perhubungan yang lebih matang.
4. MENJADI YANG PERTAMA MENGHUBUNGI ANDA
Jika si dia sentiasa menelefon atau menghantar mesej kepada anda, tahukah anda bahawa si dia seorang yang jujur dan ikhlas kepada anda. Secara tidak langsung itu menandakan si dia mengambil tahu tentang anda.
5. MELUANGKAN MASA BERSAMA ANDA
Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti si dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengahari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.