FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KAD JEMPUTAN

Kad jemputan perkahwinan merupakan satu medium yang digunakan untuk mengumumkan atau menyampaikan tentang majlis perkahwinan kepada saudara mara, rakan taulan dan juga kenalan. Kad jemputan juga merupakan perkara penting yang perlu ada dalam sesebuah perkahwinan. Agak mustahil bagi seseorang untuk menjemput tetamu hadir ke majlis perkahwinan tanpa kad jemputan. Namun demikian, adakah kad jemputan merupakan perkara asas paling penting bagi sebuah majlis perkahwinan? Mari fahami fakta kad jemputan perkahwinan.

 

1. Reka Bentuk

Perniagaan menjual kad kahwin mula berkembang di Malaysia kerana demand yang tinggi dari pelanggan untuk kad jemputan. Kebiasaannya, orang yang menjalankan kad kahwin ini menyediakan perkhidmatan design kad kahwin mengikut permintaan pelanggan. Namun demikian, lagi eksklusif design kad kahwin, lagi tinggi kos kad perkahwinan itu.

rm012_500x500

2. Pakej

Kebiasaannya kad jemputan datang dengan pakej berbeza dan harga yang berbeza. Ia semua bergntung kepada jenis design, jenis material yang digunakan dan lain-lain. Kad jemputan biasanya direka dan diberikan kepada tetamu berdasarkan status mereka. Anda boleh google kad jemputan kahwin Che Ta dan Zain. Eksklusif bukan?

 

3. Status dan Harga Kad Jemputan

Para tetamu biasanya dibahagikan kepada kategori seperti VVIP, VIP dan tetamu biasa. Semakin tinggi status tetamu tersebut, semakin tinggi harga kad jemputan yang akan diterima.

wedding-invitation2

 

4. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Pasti ada yang terfikir cara yang lebih mudah untuk menggantikan kad jemputan iaitu dengan menggunakan panggilan telefon, menghantar pesanan ringkas (SMS) atau whatsapp tetapi ia akan memakan masa yang sangat panjang dan anda juga perlu membayar wang tambahan untuk bil telefon.

sms

5. Pembaziran

Jangan terlalu membazir dalam membelanjakan wang untuk kad jemputan sahaja. Buat yang simple dan memadai dengan bajet anda. Hal ini kerana jarang tetamu mempunyai hobi menyimpan kad jemputan perkahwinan. Biasanya, kad kahwin anda yang cantik itu akan berakhir di dalam tong sampah. Jadi, berbelanjalah dengan bijak dan buatlah keputusan bersama pasangan anda untuk mengelakkan pembaziran.

***Gambar-gambar credit to Google***

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.