DIET AZAM BARU UNTUK FITTING BAJU PENGANTIN

Anda mungkin mahu kelihatan sedikit langsing berbanding selalu di majlis anda nanti kan? Jadi jika anda ingin kurus , pastikan anda lakukan diet mudah dan berkesan ini.

 

 

 

 

 

 

 

Yang pertama anda perlu banyakkan minum air mineral untuk membuang toksin badan dan membuang kalori . Ramai yang gigih bersukan tetapi tak mengamalkan minum air mineral dengan banyak .

 

Pemakanan yang seimbang 80%

 

 

 

 

 

 

 

       Pemakanan yang seimbang mewakili 80% diet sebenar. Kalau senaman sahaja makan tak jaga serupa tak payah diet. Jika anda benar-benar mahu mengurangkan berat badan, anda tidak boleh makan semua makanan yang anda mahu. Tetapkan waktu makan anda setiap hari. Contohnya buat jadual pemakanan harian anda. Ambil tahu kalori setiap juadah yang ingin anda makan setiap hari. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan–lahan.

Hindari makan pada waktu tengah malam dengan makanan berat. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis dengan kandungan gula yang tinggi . Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Aktiviti-aktiviti bersukan 20%

 

 

 

 

 

 

 

      Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Contoh sukan yang pertama ialah berjogging. Amalkan jogging 3 kali seminggu selama 20 ke 30 minit sehari dah cukup.

Selain berjogging anda juga boleh pergi ke gym atau bermain badminton bersama keluarga atau rakan–rakan. Ia juga dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Anda juga boleh membuat senaman ringkas semasa bekerja jika anda tiada masa. Contohnya banyakkan berjalan,membuat pergerakan ringkas ditempat kerja anda/meja kerja,kurang menggunakan lif gunakan tangga(kalau tingkat 30 seminggu sekali gunakan tangga).

Tidur yang cukup

 

 

 

 

 

 

 

 

      Manusia normal memerlukan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Orang yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam se malam berisiko mudah mendapat penyakit . Kajian juga menunjukkan , mereka yang tidur hanya 5 jam semalaman akan menyebabkan risiko berat badan bertambah meningkat.Kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan mempengaruhi selera makan. Jadi pastikan anda tidur dengan cukup.

 

Waktu makan yang ideal

HARI

6:30-8:30

10:00-11:00

12:30-2:00

4:00-5:00

6:30-8:00

10:00-11:00

ISNIN

BUAH+ AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SAYUR + DAGING/ISI AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SAYUR + DAGING/ISI AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SELASA

BUAH+ AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SUP SAYUR + DADA AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SAYUR + DAGING/ISI AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

RABU

YOGURT + BUAH + AIR MINERAL

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

DAGING AYAM + AIR MINERAL

TELUR REBUS/BUAH + AIR MINERAL/TAPIS

IKAN BAKAR + SUP SAYUR + AIR MINERAL/TAPIS

ROTI BAKAR + GREEN TEA

KHAMIS

OAT + NESTUM + AIR MINERAL/TAPIS

BUAH + GREENTEA

IKAN BAKAR + BROWN RICE + AIR MINERAL/TAPIS

BUAH + AIR MINERAL/TAPIS

DADA AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

ROTI BAKAR + GREENTEA

JUMAAT

OAT + NESTUM + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

DAGING/ISI AYAM + BROWN RICE + AIR MINERAL/TAPIS

TELUR REBUS/BUAH + GREENTEA

SUP SAYUR + DAGING + AIR MINERAL/TAPIS

ROTI BAKAR + AIR MINERAL/TAPIS

SABTU

OAT + NESTUM + AIR MINERAL/TAPIS

AVOKADO + GREENTEA

SAYUR + DAGING/ISI AYAM + AIR MINERAL/TAPIS

BUAH + AIR MINERAL/TAPIS

DAGING/ISI AYAM + BROWN RICE + AIR MINERAL/TAPIS

ROTI BAKAR + AIR MINERAL/TAPIS

AHAD

OAT + NESTUM + AIR MINERAL/TAPIS

AVOKADO + YOGURT

DAGING/ISI AYAM + BROWN RICE + AIR MINERAL/TAPIS

BUAH + AIR MINERAL/TAPIS

DAGING/ISI AYAM + BROWN RICE + AIR MINERAL/TAPIS

ROTI BAKAR + AIR MINERAL/TAPIS

 

*Air mineral/tapis bukan air kosong/air masak

*Daging lembu/isi ayam dipanggang bukan digoreng/atau dimasak kicap, masak merah, masak kurma.

*Ikan dipanggang/stim/rebus bukan digoreng.

*Segala jenis buah-buahan boleh dimakan lebihkan pisang,epal merah,oren,anggur.

*Brown rice/beras perang bukan nasi putih/beras biasa.

*Roti bakar/roti kosong bukan roti canai/roti kaya,coklat,butter.

*Green tea bukan teh O’ suam.

       Kesimpulannya kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya kita dapat melakukan aktiviti harian dengan sempurna.Pastikan pemakanan anda bertambah positif.Elakkan makan makanan fast food seperti burger,ayam goreng,kentang goreng,pisang goreng.Table yang kami beri ini boleh digunakan rutin mingguan diet anda jika tak sesuai boleh cuba dengan menu lain.

Terima kasih kerana membaca tips dari Miezipro.

 

Sumber : google

 

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.