CHECKLIST PERKAHWINAN

Untuk memastikan majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar, anda perlu membuat checklist untuk persiapan perkahwinan. Dengan adanya checklist perkahwinan ini, inshaAllah ia akan membantu anda  daripada terlupa, tidak sedar atau terlepas pandang perkara-perkara yang perlu diselesaikan dan yang masih tertangguh. Yelah, dah banyak perkara yang anda perlu lakukan pada satu masa. Pasti akan adanya yang tertinggal kerana keadaan terlalu sibuk.

Selain itu, susun atur yang teliti didalam checklist perkahwinan pastinya dapat mengurangkan bebanan fikiran anda untuk mengingati semua perkara-perkara yang berkaitan pada satu masa. Bukan senang utnuk merancang sesuatu majlis perkahwinan tanpa bantuan checklist perkahwinan unless anda mengupah wedding planner untuk menguruskan from A to Z majlis perkahwinan anda. So, berikut ialah checklist perkahwinan yang perlu anda buat sebelum majlis bersejarah anda. 

  • Daftar kursus kawin

Nak kahwin kena daftar kursus kahwin eh. Ia merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan. Pastikan anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. So, dalam tempoh enam bulan ni anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur untuk majlis perkahwinan anda.

  • Tetapkan tarikh (nikah dan sanding)

Tarikh untuk majlis nikah, sanding dan bertandang perlulah ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak. Hal ini kerana pengantin perlu apply untuk cuti kerja yang lama untuk kenduri dua belah pihak.

  • Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan.

Lengkapkan segala mak nenek borang-borang untuk bernikah. Lagi cepat anda lengkapkan segala borang, lagi mudah dan lancar kerja anda untuk menguruskan hal yang lain.

BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur. 

  • Tentukan tema majlis kahwin

Pastikan anda dan pasangan anda sudah mencapai kata sepakat dengan kedua-dua belah keluarga mengenai tema majlis perkahwinan anda. Jangan bergaduh dengan keluarga hanya disebabkan tidak memiliki cita rasa yang sama untuk tema majlis perkahwinan anda.

  • Medical check-up (HIV) test

Setiap pasangan yang ingin berkahwin wajibul ghunnah buat medical check-up which is HIV test. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan sekali dengan dokumen-dokumen lain. Jadi, tunggu apa lagi. Buat appointment dengan doktor di klinik kerajaan yang berhampiran untuk medical check-up HIV test ini.

  • Beli barangan hantaran

Beli barang hantaran ketika sale ye cik adik dan encik abang. Elakkan pembaziran sewaktu membeli barangan hantaran dan belilah barangan hantaran untuk kegunaan harian seperti set perfume, set penjagaan diri dan lain-lain.

  • Cari atau survey souvenir dan bunga telur

Berilah goodies untuk tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda mengikut kelas umur mereka tersendiri. Jangan pula bagi goodies yang mengandungi gula-gula dan jajan kepada mereka yang seusia atok dan nenek kita. Bukan tak boleh beri, tapi goodies tersebut kurang sesuai untuk peringkat umur seperti mereka. Kalau anda nak beri bunga telur pun dah cukup. Ingat, berilah goodies yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira muda atau tua.

  • Gubah barang hantaran

Untuk hantaran, anda boleh je minta pertolongan dari keluarga anda yang memiliki jari ajaib dan berseni untuk mengubah hantaran anda. Ingat, banyak duit yang nak pakai selepas majlis perkahwinan anda. Jangan membazir kepada benda yang anda boleh buat sendiri. Manfaatkan segala benda yang tersedia ada di dalam rumah anda untuk jadikan hantaran anda mewah dan tampak mahal.

  • Tempah juru nikah atau tok kadi

Tempah jurunikah anda apabila tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Ingat, jurunikah tugasnya bukan setakat menikahkan orang tetapi dia juga ada komitmen lain dan busy dengan perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Remind jurunikah tentang tarikh pernikahan anda seminggu sebelum majlis anda kerana jurunikah juga manusia biasa dan kadang kala boleh jadi pelupa.

  • Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu

Anda juga haruslah menetapkan berapa jumlah tetamu yang bakal hadir ke majlis perkahwinan anda. Semakin ramai tetamu yang hadir semakin tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.

  • Tempah atau cetak kad jemputan

Tempah atau cetak kad perkahwinan anda selepas tarikh perkahwinan ditetapkan. Hal ini kerana proses untuk design kad kahwin agak mengambil masa kerana ia perlu mendapatkan persetujuan daripada kedua belah pihak.

  • Tempah atau DIY pelamin idaman anda

Tempah pelamin idaman anda tiga bulan sebelum majlis sekiranya anda mempunyai bajet lebih. Sekiranya anda memang dilahirkan sebagai seorang yang kreatif dan berjiwa seni, anda boleh DIY sendiri pelamin idaman anda dengan memaksa keluarga anda turun padang dan membanting tulang bersama-sama bagi menghias pelamin anda. Bijak kan?

  • Tempah Jurusolek atau mak andam

Dengan adanya media sosial seperti facebook dan instagram, anda boleh add atau follow dan tempah mak andam pilihan anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka. Ini untuk memastikan mak andam pilihan anda free time majlis perkahwinan anda.

  • Pilih busana pengantin

Survey baju pengantin anda di butik-butik yang berkenan di hati anda. Make sure anda survey dulu pakej yang ditawarkan oleh mereka dan bandingkan harga serta pilih yang mana menawarkan pakej mengikut kemampuan anda.

  • Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja, pinggan mangkuk dan katering

Perkara wajib yang anda perlu buat sewaktu berurusan dengan pihak katerer ialah food testing. Make sure anda mencuba makanan yang dipilih dan membuat pilihan yang tepat. Ini bagi mengelakkan jenis makanan yang anda pilih tidak sama seperti di dalam gambar apatah lagi rasanya pada majlis perkahwinan anda. Anda boleh membayar deposit kepada pihak katering sebagai tanda persetujuan anda menggunakan khidmat mereka untuk majlis perkahwinan anda.

 

  • Cari jurugambar  atau juruvideo

Buat sedikit research mengenai photographer yang bakal anda hire. Pastikan anda memahami setiap pakej yang ditawarkan dan bertanya mengenai proses pembayaran. Untuk elakkan anda daripada ditipu, pastikan ada perjanjian perkhidmatan jurugambar di antara anda dan photographer anda.

  • Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian atau band

Jarang kita mendengar dari mulut-mulut orang mengenai majlis perkahwinan yang sunyi sepi seperti dewan peperiksaan bukan? Jadi, untuk memastikan majlis perkahwinan anda meriah dan tetamu anda terhibur tempahlah marhaban, kompang atau band. Pasti tetamu anda ceria sepanjang majlis perkahwinan anda.

 

  • Tempah atau cetak banting atau signage

Banting atau signage perlu digantung di tepi jalan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi untuk ke majlis anda. Dengan adanya banting atau signage ini, ia akan memudahkan semua pihak termasuklah keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab telefon sekiranya ada tetamu yang sesat mencari lokasi majlis perkahwinan anda.

 Semoga bermanfaat dan Selamat Pengantin Baru team Miezipro ucapkan kepada anda bakal Raja dan Permaisuri sehari.

Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. InshaALLAH.

***Gambar-gambar credit to google***

Categories :

Tags:

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.