BAGAIMANA MENGENALI SI DIA JODOH KITA ATAU TIDAK

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun persoalan yang mungkin sentiasa bermain dalam pemikiran kita adalah bagaimana kita hendak mengetahui si dia memang ditakdirkan untuk kita? Jodoh kebiasaannya adalah cerminan diri kita. Jika kita seorang yang baik, jodoh kita juga insya-Allah baik.
Begitu juga dengan sebaliknya. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji pula adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik pula adalah untuk wanita-wanita yang baik." (Surah An-Nur : Ayat 26)

1. MENERIMA DIRI ANDA SEADANYA

Apapun kisah silam yang pernah anda lakukan, si dia tidak ambil peduli. Si dia tidak kisah siapa anda sebelum ini dan sanggup menerima diri anda seadanya. Apa yang penting baginya adalah siapa anda sekarang. Walaupun anda seorang yang tidak kaya, tidak cantik dan mempunyai bermacam-macam kekurangan, si dia tetap bersama anda. Itulah tanda jodoh anda. Jangan lepaskan si dia yang mempunyai perwatakan sebegini.

2. DIPERCAYAI DAN MEMPERCAYAI

Saling mempercayai adalah kunci kepada suatu perhubungan yang kuat. Jika anda tidak ada rasa percaya kepada si dia, itu tandanya dia mungkin bukan jodoh yang terbaik untuk anda. Sifat percaya dan dipercayai ini sangat berkait rapat dengan sifat jujur yang saya sebutkan sebelum ini. Oleh sebab itu, anda mesti menjadi orang yang dipercayai dan mempercayai si dia.

3. MEMAHAMI DIRI ANDA

Tanda si dia adalah jodoh anda yang seterusnya ialah si dia adalah seorang yang memahami diri anda. Memahami diri adalah suatu yang agak mustahil jika anda belum benar-benar taaruf (kenal) dengan lebih mendalam bakal pasangan anda itu. Jadi ambil masa untuk taaruf dengan bakal pasangan. Cuba untuk memahami si dia dan begitulah juga sebaliknya.

!!! BONUS !!!

Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

4. SENTIASA JUJUR

Selain itu, untuk mengenali jodoh yang baik adalah anda dapat melihat sifat kejujuran pada diri si dia. Walaupun sesuatu perkara itu pahit untuk diluahkan, namun si dia tetap jujur untuk membicarakan tentangnya.

5. PERTUNJUK DARI ISTIKARAH

Solat ‘istikarah’ merupakan cara yang terbaik dalam urusan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. Ia adalah perkara yang penting di mana setelah pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan jodoh, maka sandaran dan kebergantungan kita pada akhirnya ialah hanya kepada Allah S.W.T. Inilah yang dinamakan tawakal. Mungkin selepas anda melakukan solat istikarah, anda akan mendapat petunjuk daripada Allah S.W.T. Mempunyai hati yang tenang dan rasa selesa dengan si dia juga boleh jadi petunjuk bahawa si dia adalah jodoh anda.

JOM BINA KELUARGA YANG BAHAGIA

Categories :

Tags:

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.