Masalah berdengkur bagi lelaki tu normal lah kan? Kalau berdengkur tu slow takpe lah jugak, ini dah macam kereta api bawah tanah naik flat kecoh dia! Hahaha. okay okay serius. Tapi ada jugak sesetengah perempuan yang tidur pun berdengkur, mungkin faktor keturunan atau penyakit. Kite x boleh cakap perempuan yang berdengkur ni tak sopan, kesian dia.
Bukan tu je, dengkuran-dengkuran yang merdu tu lah akan gangu tidur pasangan korang! fuhh nasib baik MakNah tidur helok je. So jom Maknah nak tolong korang ni, tngok tips-tips yang MakNah bagi. Mana tau boleh kurangkan dengkuran korang.
1# UBAH POSISI TIDUR
Andaikata lah sebelum ni korang tidur dalam keadaan terlentang, cuba ubah posisi tidur korang kepada tidur mengiring. Selain tu, tinggikan sikit bantal korang waktu tidur. MakNah sure gile dengkur korang boleh hilang atau berkurang dngn cepat.
2# MANDI AIR PANAS SEBELUM TIDUR
Masalah dengkur berlaku apabila ada gangguan pada saluran pernafasan pada bahagian saluran hidung atau tekak. Kalau korang mandi air panas sebelum tidur, ia akan membantu untuk mengeluarkan sebarang bendalir yang mengganggu saluran tersebut. Sambil mandi, jangan lupa juga untuk berkumur dan membilas hidung.
3# PASANG PELEMBAP UDARA DI DALAM BILIK TIDUR
Kalau korang nak tahu, masalah dengkur ni berpunca daripada keadaan bilik yang kering dan panas. So bila korang tidur dngn keadaan bilik yang panas atau kurang udara, hidung korang perlu keje lebih kuat waktu korang tidur untuk mendapatkan udara yang segar, sebab tu lah keluar la keluar bunyi moto bot, kereta api bawah tanah dan sebagainya . Dengan memasang pelembap udara air, bilik korang akan berada dalam keadaan optimum yang membantu tidur yang lebih berkualiti.
BONUS !!! Klik MyWeddingPlanner utk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
4# TIDUR DENGAN BANTAL YANG TINGGI
Lagi satu petua yang MakNah nak bagi tau, tido dalam keadaan kepala berada di atas bantal yang tinggi sedikit. Berkesan tau! kalau tak percaya cuba lah. Hahaha. Ia membantu pernafasan yang lebih lancar apabila dagu dan hidung korang sedikit terangkat. Tetapi, bantal tersebut tidak perlu terlalu tinggi sehingga korang sakit tengkuk! Dah lain pulak cerita dia kan. Cukup sedakar 4 ke 5 inci lebih tinggi dari paras biasa kepala korang bila terlentang.
5# JANGAN AMBIL MAKANAN BERAT SEBELUM TIDUR
Tabiat gemar makan berat lewat malam sebelum tidur juga adalah salah satu punca masalah dengkur. Malah, ada kajian yang menyatakan bawaha, cehh bahawa tau! haha. Okay serius. Bahawa makanan seperti minumam susuan akan menyebabkan masalah dengkur semakin teruk. Jadi, perhatikan apa yang anda makan sebelum tidur dan elakkan dari makan lewat malam. Ia mungkin dapat membantu mengurangkan masalah tidur korang.
6# BAYAKKAN MINUM AIR
Dengan minum banyak air, ia akan membantu melembabkan saluran pernafasan anda dan seterusnya mengelakkan anda daripada berdengkur. Amalkan minum 8 gelas air kosong sehari supaya anda dapat mencegah masalah tidur berdengkur ini.
7# BUAT LATIHAN MULUT YANG DAPAT MENGURANGKAN DENGKUR
Kalau korang nak kurangkan bunyi bising waktu tidur, Cuba buat latihan mulut ni. Tekan hujung lidah ke lelangit dan gerakkannya kebelakang. Ulang selama 3 minit setiap hari. Gerakkan otot mulut di bahagian tekak anda dan gerakkan anak tekak selama 30 saat. Sebut ‘A’ secara kuat selama beberapa minit setiap hari.
8# KURANGKAN BERAT BADAN
Andainyasemasa memiliki berat badan ideal korang tidak berdengkur, tetapi apabila berat badan korang bertambah dan sewaktu itulah korang sedar yg korang ni berdengkur sebenarnya! Cubalah berusaha untuk mengurangkan berat badan korang. Sebenarnya, apabila berat badan bertambah, lemak yang wujud di leher adalah yang menyebabkan dengkuran itu terjadi.
9#DAPATKAN TIDUR YANG SECUKUPNYA
Tidur yang tidak cukup ataupun tidur yang tidak berkualiti juga boleh menjadi punca berlakunya tidur berdengkur. Jangan tidur secara tidak menentu ataupun tidur terlalu lewat kerana ini akan menggalakkan berlakunya tidur berdengkur.
Selamat mencuba <3