8 CARA SUNNAH RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DAN HIDUP SIHAT

Pernahkah anda mendengar rasulullah sakit teruk? Sebenarnya rasulullah telah pun menjadi contoh kepada kita bagaimana baginda menjaga kesihatan dan menjalani hidup yang sihat. Sunnah rasulullah akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakkan dalaman. Sekiranya kita melalukan sunnah rasulullah kita juga akan dapat pahala.

sumber : google

 

#1 Selalu Bangun Sebelum Subuh

sumber : google

 

Rasulullah mengajak umat islam untuk bangun sebelum subuh untuk melaksanakan solat sunat,solat fardu dan solat subuh untuk berjemaah. Ia memberi hikmahyang mendalam untuk mendapat limpahan pahala serta kesegaran udara subuh yang sangat baik dan sesuai untuk merawat penyakit tibi dan memperkuatkan akal fikiran.

 

#2 Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Adalah Aktif Dengan Menjaga Kebersihan

sumber: google

 

Rasulullah sentiasa menjaga kebersihan dengan teliti. Setiap hari khamis dan jumaat, Rasulullah akan mencuci rambaut halus di pipi serta memotong kuku dan bersikat dan memakai wangian.

 

#3 Rasulullah Tidak Pernah Makan Berlebihan

sumber : google

 

Dalam manusia terbahagi kepada tiga iaitu:sepertiga udara,sepertiga air dan sepertiga makanan. Selain itu, umat islam juga didik untuk berpuasa pada bulan ramadan untuk imbangkan kesihatan selaian itu juga nabi selalu melakuan puasa sunat.

 

#4 Rasulullah Gemar Berjalan Kaki

sumber : google

 

Rasulullah akan berjalan kaki ke pasar, masjid,medan jihad dan mengunjung rumah sahabat. Jalan kaki dapat mengeluarkan peluh dan peredaran darah berjalan dengan lancar. Ia juga dapat mencegah penyakit jantung. Berbanding kita yang hanya menggunakan kenderaan.

 

#5 Rasulullah Tidak Pemarah

sumber: google

 

Ini adalah hakikat kesihatan dan kekuatan muslim bukan terletak pada jasad,tetapi kepada kebersihan jiwa. Ini ada lah terapi yang tepat untuk menahan marah iaitu mengubah posisi ketika marah,seperti berdiri perlu kita duduk sekiranya kita duduk hendaklah kita berbaring. Setelah itu membaca Ta’awwudz kerana marah itu datang daripada syaitan.Setelah itu segeralah mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat untuk mendapat ketenangan dan menghilangkan gundah di hati.

#6 Sentiasa Optimis Dan Tidak Putus asa

sumber : google

 

Selain itu,sikao optimis juga dapat memberi kesan emosi yang sangat mendalam bagi kelapangan jiwa, ia juga perlu banyak bersabar,istiqamah,bekerja keras dan tawakkal kepada Allah s.w.t.

 

#7 Tidak Pernah Iri Hati

sumber : google

 

Menjaga kestabilan hati dan kesihatan semestinya perlu menjauh daripada sifat iri hati. “Ya Allah bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

 

#8 Jadi Seorang Pemaaf

sumber : google

 

Pemaaf adalah sifat yang perlu kita ikut dan dituntut untuk mendapat ketenteraman hati serta jiwa. Selain itu, memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelengu rasa kemarahan. Sekiranya perasaan marah itu melekat pada hati. Maka jadi seorangg yang pemaaf kerana dapat menyihatkan tubuh badan kita.

 

Marilah kita mengamal sunah-sunah rasulullah. Semoga kita semua mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.