7 TIPS PERSEDIAAN SEBELUM MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN

1.PILIH TARIKH

First thing first benda yang paling wajib buat adalah pilih dahulu tarikh majlis perkahwinan korang. Jadi, korang boleh pergi ke next level iaitu booking dewan ke catering ke .

2.HADIRI KURSUS KAHWIN
Untuk yang muslim, hadiri kursus kahwin sangat penting ye. Kalau tak pergi korang sampai bila-bila tak dapat kahwin sebab sijil kahwin tok kadi nak tengok nanti.

3.TEMPAH CATERING,DEWAN, DOORGIFT DAN DLL
Macam no satu tadi, lepas dah ada tarikh, baru lah boleh tempah catering,dewan,doorgift, baju,pelamin dan dll. Sekarang ramai yang gunakan servis catering dan gunakan dewan, so korang kena booking awal-awal yang mana satu berkenan di hati.

4.TEMPAH JURUNIKAH & ANDAMAN
Tak tempah nanti tak kahwin korang dik oiii ! Jurunikah kena book awal-awal dah ye sebab nanti kalau last minit tempah, confirm korang terpaksa anjak tarikh majlis. Andaman pula sekarang banyak yang letops-letops kan , ofkoz la kena tempah awal sebab nak yang terbaik masa majlis nanti kannn!

5.TEMPAH KAD JEMPUTAN
Selau kad dah edarkan dua bulan atau sebulan sebelum majlis betul tak ? So korang boleh lah tempah 3 bulan atau 4 bulan sebelum majlis kad jemputan korang. Sebab buatnya pon tak lama, sekejap sahaja.

6.JALANI UJIAN HIV
Ujian HIV boelh dibuat dimana-mana klinik atau hospital kerajaan ye. Boleh dapatkan borang tersebut di klinik yang berdekatan dengan bayaran RM 1.OO /Seorang.Ujian saringan HIV untuk sah selama 6 Bulan dari hari pertama ujian darah di ambil.

7.DOKUMEN DAN BORANG PERNIKAHAN
Dokumen seperti Ic pengantin perempuan dan lelaki, Ic Wali,sijil nikah, dan lain-lain lagi perlu dilampirkan sekali bersama borang pernikahan sebelum dihantar ke pejabat agama. Periksa dahulu apa yang diperlukan dan pastikan apa yang Jurunikah perlu di beri dengan tepat dan betul. Kalau tidak, tak sah lah majlis nikah korang nanti.

BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.



Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.