7 TIPS MEMILIH DEWAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANDA

Ia telah menjadi kebiasaan dan trend terkini majlis perkahwinan orang bandar buat di dewan. Faktor yang utama pengantin memilih untuk buat di dewan sebab kawasan terhad dirumah dan keselesaan tetamu.Selain itu,ada yang berpendapat mengadakan majlis di dewan lebih jimat dan mudah diurus. Pengantin dapat menjimatkan kos kenopi dan dapat menjalankan majlis walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

#1 Availabiliti Dewan

Pastikan korang sudah tentukan tarikh majlis anda terlebih dahulu dan kemudian hubungi individu yang menguruskan tempahan dewan.Korang pastikan dewan tersebut kosong tanpa tempahan pada tarikh yang anda pilih.

Sumber : Google

#2 Saiz Dan Lokasi Dewan

Dewan yang dekat dengan rumah adalah pilihan kita kerana ia memudahkan anda melaksanakan urusan persiapan majllis anda. Bila tiba hari majlis,urusan anda dengan vendor yang melakukan kerja-kerja persiapan majlis mudah di pantau tanpa perlu ulang-alik dengan jarak yang jauh.Pastikan dewan mengikut saiz kesesuaian dengan jumlah tetamu yang di jemput. Takut nanti jadi seperti tin sardin.Pastikan kawasan dewan anda tidak terpencil supaya mudah untuk tetamu anda.

BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

Sumber : Google

#3 Kondisi Dan Kemudahan Asas Dewan

Pastikan dewan anda dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas,surau,penghawa dingin atau kipas dan bilik persalinan.Selain itu, di setiap dewan sudah menyediakan kemudahan asas. Pastikan kondisi tandas dan yang lain-lain dalam keadaan baik dan bersih.

Sumber : Google

#4 Tempat Letak Kereta (parking)

Untuk memastikan kelesaan tetamu anda,pastikan dewan anda mempunyai tempat letak kereta yang luas. Supaya tetamu tidak berjalan jauh untuk mencari tempat letak kereta.

Sumber : Google

#5 Dinding Serap Bunyi

Sekiranya anda menempah penyedia karaoke atau PA System,pastikan diding dewan yang mempunyai ‘sound proof board’ atau menyerap bunyi.Ia penting untuk memastikan majlis anda tidak hingar-hingar.

Sumber : Google

#6 Buat Pemantauan Dan Siasatan

Luangkan masa sedikit masa untuk datang ke dewan untuk melihat majlis orang lain.Rasakan keselesaan dewan tersebut untuk melihat maj

lis orang lain.Lihat pencahayaan dewan tersebut. Adakah ia mencukupi untuk majlis anda nanti?Adakah tempat tu panas kalau tetamu ramai?Semua penting sebelum anda membuat pembayaran deposit.

#7 Menepati Bajet

Pastikan harga sewaan menepati bajet anda. Tidak rugi sekiranya anda bayar lebih.Kebiasaan ,penyeliia dewan akan meminta anda membayar deposit sewaan dan deposit kebersihan.Kebersihan dewan adalah tanggungjawab anda.Sekiranya anda meningggalkan dewan dengan keadaan yang kotor,deposit kebersihan tidak akan dipulangkan.

Semoga segalanya dipermudahkan…..

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.