7 SEBAB KENAPA EGO LELAKI SETINGGI LANGIT

Sumber : Google

Kalau kaitkan pasal ego,semestinya individu yang seringkali terpalit dengan sikap ini adalah insan yang bergelar lelaki.Ego atau di kenali sebagai keras kepala serta merasa diri sentiasa betul.

Kenapa ego lelaki setinggi langit?

Ada beberapa sebab kenapa ego lelaki mempertahankan ego mereka yang tinggi itu.

#1 Lelaki sebagai pemimpin

Sumber : Google

Sejak dari zaman permulaan manusia lagi,lelaki diciptakan sebagai seorang pemimpin.Selain itu,sifat pemimpin ini menjadikan mereka merasa berkuasa ke atas orang bawahannya yang dianggap lebih lemah.Oleh itu keputusan berada di tangannya.

#2 Tidak mahu jatuh maruah

Lelaki merasakan kalau mereka merendahkan ego,maruah mereka seolah-olah jatuh dan dipijak oleh wanita.Maka,untuk mengelakkan perasaan jatuh maruah tersebut,mereka bertindak mengangkat ego mereka setinggi langit dan merasa senang dengan keadaan tersebut.

#3 Luaran yang ‘tough’

Seorang lelaki juga diciptakan dengan hati dan perasaan yang lembut dan sesitif di dalam.Manakala,kelihatan ‘cool’ kalau mereka menunjukkan sifat tersebut,bukan?

Mereka menggunakan keperibadian luaran yang ego dan kasar.

BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.

#4 Tidak mahu mengalah

Sifat tidak mahu mengalah adalah satu sifat yang positif.Namun,ia juga mampu menjadikan ego seorang lelaki itu tinggi.Mereka cenderung untuk menggangap seorang isteri atau wanita perlu mengikut kata-kata dan pandangan mereka sebagai ketua keluarga.

Sumber : Google

#5 Sifat kelelakian

Ego yang tinggi merupakan sifat semula jadi seorang lelaki sebenarnya.Kalau wanita itu diciptakan dengan emosi yang lemah dan gayah,tugas seorang lelakilah untuk mengeraskan dirinya dan melengkapi sesebuah perhubungan.

#6 Ingin dipatuhi

Lelaki mempamerkan ego mereka sebagai ‘warning’ kepada wanita bahawa mereka perlu dipatuhi.Mereka tidak mahu wanita memandang enteng kata-kata dan pandangan mereka.

#7 Tidak boleh menerima kritikan/teguran

Kebanyakan lelaki juga tidak boleh menerima kritikan dan teguran,Terutama kaum hawa.Sifat keras kepala ini menjadikan ego lelaki itu lebih meninggi.

Sumber : Google

Ego lelaki itu lumrah,tapi ia boleh dikawal

Bukan semua ego lelaki ditunjukkan secara negatif. Ia juga berfungsi untuk melindungi keluarga dan wanita yang disayangi.

So korang dah tahu kan. So bersabar lah dengan karenah lelaki…

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.