Lofa: Asal ea aku tngok gamba wedding fatah semua cantik-cantik! Sampai gamba wedding aku je semua hancur muka merah, warna pudar! hmmm
Sufian: Awatlah aku tngok gambar el semua sweet-sweet, Sampai aku kayu wehhhh
Kamal: Cantik gila pelamin Emma ni, lembut je warna nampak kemas je.
korang nak tahu kenapa diaorang semua bebel bende macam ni?
Hah mehh sini MakNah nak cerita cikit… Hah rapat-rapat!
#1. Warna Pelamin
MakNak nasihatkan supaya korang ambillah warna-warna lembut! Omputeh cakap soft gituwww. Lagi pun kan sekarang memang dah jadi trend guna warna-warna pastel ni, Ini tak! Lagi diambik warna-warna yang kontra. Lepastu membebel ckp asal wedding aku nampak mcm sarkas? Yang ko pergi ambil warna merah, karpet pon merah, baju merah semua nak merah, apa yang hengko harapkan dari gamba yang dihasilkan? Biru lembut? Biru laut? Cehhh..
#2. Lampu Pelamin
Setkan la lampu tu satu warna jer.. Ambil warna-warna soft (purple or blue).. Baru nampak mahal.. gituwwww
Baru lah member dngn Makcik-Makcik bawang terngaga dari jauh tntok pelamin korang, Simple but nice. Speaking hengkau. haha.
Yang pergi ambil lampu warna warni apahal? Ingat funfair ker? Pastu muka pulak kena lampu yang dipasang… kejap muka ko jadi hulk, kejap jadi adudu.. kejap patrik. ntah pape laa…
Cakap dekat tukang yang buat pelamin tu, tala la lampu dekat pelamin ke, bunga ke… tala dekat muka dah kenapa? Nak buat pertunjukkan silap mata ker tuh? Haluu.
Ingat photographer korang suka ker? Ambil warna lembut-lembut, mesti gambar korang ohsem & photographer senang nak buat gambo.
#3. Bridal Yang Boleh Bekerjasama
Ini satu hal, kadang-kadang bridal ni sedap tekak dia jer nak letak lampu dengan warna-warna bunga yang dia suka..
Dia tengok kat mata dia memanglah lawa, bila masuk dalam gambar, ada pula korang dalam tuu, terus jadi pelik… Photographer pulak pening-pening kepala nak adjustkan (dah la ko bayau ciput jerr kat photographer).. Tapi nak hasil gamba yang meletop! emmmm
Bila suggestkan warna-warna sepatutnya, buat tak tahu jer..
Paling best, bila bridal cakap, “Takperrr, photographer boleh editkan nanti jadi bagi lawo”…
Kalau korang jumpa bridal or MUA yang cakap macam ni, mohon bagi mereka cermin …aummm
#4. Kerjasama Dengan Photographer
Nak gambar best, muka mesti la kena senyum maaa… Janganlah depan pelamin, muka macam coklat cair.. kalau manis takpe la jugak! Ini emmm..
Lepastu complain kenapa muka jadi macam tuuu…haha, dah tu, nak edit muka satu-satu jadi senyum ker?
Pose la ikut selesa korang, jangan pula ikut perangai korang jerrr.. bila nak suruh pose dan di ajar, “Eyhhh, tak nak la, bla, bla, bla…” bila dapat album, tanya pulak kenapa pose sikit jer, naper tak fun-fun pun hmmmm
#5. Main dengan baju anda
Pose dengan menggunakan setiap potensi baju korang. Beli dah mahal-mahal tapi tak nak gunakan dengan baik? emmm. Jadi gunakan sepenuhnya.
Spread kan gaun korang yang meleret tu dekat tangga ke, lantai ke, jangan sangkut dekat pokok dah la yee. huhu. Korang guna gaun kembang ke gaun twirl ke tak kesah, pakai je. Yang penting yakin!
#6. Pelamin Luar/ Bawah Khemah
Tutup keliling pelamin dengan kain.. Mintak bridal korang tutup bahagian belakang dan kiri kanan pelamin..
Lagi baik, lapis sekali dengan canvas di bahagian-bahagian tersebut.. Sebab apa? sebab cahaya di luar, biasa nya tak menentu dan tak sekata..
Kalau tak dapat jugak? Tanya lah photographer korang…
#7. Pakej Gambar
Ambillah pakej lengkap dari photographer korang.. Kalau ko ambil “pakej” SHOOT & BURN jer, pastu harap gambarnya sama seperti selepas dia edit, mimpilah koranggg…
Dapat-dapat pula kalau dia hantar budak-budak junior yang turun shoot, lagi kelam la harapan korang.. Auchhhh…
Nak prinsipal or senior yang turun, ambil pakej yang diorang sediakan siap-siap untuk tuu…
Ada banyak lagi tips, buat masa sekarang, ini jer MakNah larat taip..
Kalau bermanfaat, share pada rakan-rakan yang nak kahwin nanti..