7 LOKASI MENARIK UNTUK MENYAMBUT ANNIVERSARY

Kalau cerita pasal romantik memang MakNah no.1 suka. Mungkin sebab dari kecil dah terbiasa dengan cerita dongeng cinderella,snow white and macam2 lagi lah. Dan MakNah jenis yang suka baca novel sejak dari sekolah rendah sampailah zaman universiti. Tapi sejak masuk herbalife ni, MakNah lebih suka baca buku motivation and self-development. Zaman novel dah pun berakhir sebab MakNah sendiri dah ada cerita novel Cinta so tak perlu nak baca cerita orang lain dah.

Kat sini, MakNAh nak share lokasi-lokasi yang menarik dan tips untuk menyambut anniversary perkahwinan. Tak perlu pun sampai keluar negara. Dekat KL pon boleh jer! Banyak je tempat yang romentik dan best. Sebenarnya, setiap hari kita perlu romantik dan tak semestinya kena setahun sekali je sambutan ni. Cuma ada setengah pendapat kata, sambutan ni dibuat bagi memperingati saat2 debaran diri dilamar dan melamar.


So jom tngok tempat mana yang menarik untuk ANNIVERSARY korang.

1) Tamarind Hill Kuala Lumpur By Samadhi

Tamarind Springs cuma 15 minit pemanduan dari Kuala Lumpur. Dengan hutan asli Ampang, kawasan menghijau ini menjadi tempat paling dekat dengan warga Lembah Klang untuk mengubati jiwa dan badan yang lelah. Deria anda akan diubati dengan suasana yang tenang dan makanan tip top yang telah memenangi banyak anugerah.

Masa Operasi: Setiap hari, 12:30 tengahari – 2:30 petang & 6:30 petang – 10:30 malam.

Alamat: Jalan 1 Taman T.A.R. 68000 Ampang, Kuala Lumpur.

 

 

2) Subak Restaurant

 

 

Mahu menikmati makan malam dikelilingi alam semulajadi? Subak menawarkan tempat kehijauan seakan-akan resort. Restoren ala Bali (dengan sedikit rasa ‘kampung’) yang terasing ini terletak berhampiran Petaling Jaya dan hanya beberapa minit menggunakan kereta dari Mutiara Damansara. Subak menawarkan makanan dengan inspirasi Indonesia, dan beberapa makanan barat dan tempatan. Subak juga menawarkan makanan Jawa, memang menarik!

Masa beroperasi: 11 tengahari sehingga 12 malam.

Alamat: Lot 3213 Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan 60000 Kuala Lumpur

 

3) Thirty 8 Grand Hyatt, Kuala Lumpur

Apabila anda menjejakkan kaki ke tingkat 39 hotel Grand Hyatt, anda akan berjumpa dengan restoren Thirty8 yang cantik ini! Dengan pemandangan 360 darjah kota Kuala Lumpur yang indah, tiada kata-kata dapat menggambarkan suasana di restoren ini dengan tepat. Para pelanggan boleh berjalan di sekitar restoren untuk menikmati pemandangan sambil berhenti sebentar di dapur terbuka yang terletak di tengah-tengah restoren ini. Restoren Thirty8 menjamu makanan Jepun, Barat dan Cina yang sedap. Setiap detik anda di sini amatlah berbaloi 😉

Masa Operasi: Setiap hari, 6 pagi – 11 malam.

Alamat: Thirty8 Restaurant and Lounge, Grand Hyatt Kuala Lumpur.

 

 

4)  Gobo Upstairs Lounge & Grill

Haa ini lagi satu lokasi pilihan buat pasangan yang bercinta. Tempat ni memang cantik gila tau. Boleh nampak pemandangan KLCC dan pemandangan bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Orang kata servis dan layanan di restoran ini juga amat bagus. Haa apa lagi?

Masa Operasi:  isnin-jumaat (11.30am – 10.30pm)

sabtu-ahad (6.30 – 10.30pm)

a. Lunch 12noon – 2:30pm

                         b. Dinner 6.30pm – 10.30pm  (Dress Code)  Smart Casual

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre), Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Perseketuan, Malaysia

 

 

5)  The 39 Restaurant, Kuala Lumpur

 

Mahu rasakan masakan Melayu mewah yang tersembunyi tetapi mempunyai panorama kota Kuala Lumpur yang menarik? Anda boleh cuba The 39 Restaurant di PNB Darby Park. Terletak di tingkat 39 hotel, restoran yang menawarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas, menyajikan makanan melayu klasik yang disediakan oleh Chef Ismail yang terkenal di dalam gaya bufet yang mewah. Dan sebaik sahaja anda selesai dengan hidangan anda, anda boleh bergerak ke ruang makan al fresco The 39 Restaurant untuk menikmati pemandangan kaki langit sambil menghirup beberapa gelas koktel. Yum!

Masa beroperasi: 12:30 tengahari – 3 petang & 7 malam – 11 malam.

Alamat: PNB Darby Park, 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur.

 

 

6)  Senja Restaurant, Hotel Saujana Subang

 

 

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.