“Aahh stress!..stress…! Dah cuba macam-macam tapi susah betul nak slim badan ni!”
Pasti ramai yang ada masalah kan nak turunkan berat badan. Kalau turun pun 1 kg je! kalau nak menambah berat bukan main senang lagi. Hahaha. stress MakNah!!
So ape jalan pintas yang MakNAh boleh ajar korang ialah BERDETOX lah kite. Maksud MakNah korang perlu membuang toksin yang terkumpul dalam tubuh. Caranya, minum air kosong sebanyak 6 hingga 8 gelas sehari. Ia mempercepatkan perkumuhan dan toksin bersama lemak akan keluar bersama perkumuhan ini. Bila toksin dan lemak berkurangan, badan bukan sahaja lebih sihat dan bertenaga, malah anda akan rasai perubahan yang ketara pada berat badan.
Tetapi 6 ke 8 gelas terasa macam banyak gila kan? Dahlah tak sedap macam minuman berkarbonat, warnanya yang plain juga kurang memikat selera.
Untuk menambah ‘perisa’ pada air kosong, anda boleh tambahkan beberapa bahan semula jadi yang bukan sahaja membuatkan korang ingin menikmatinya, dalam masa yang sama membantu mengeluarkan toksin dalam badan dengan cara selamat. Air ini dipanggil air detox.
#1. Teh Hijau + Daun Pudina + Limau Nipis
– 1 uncang teh hijau
– Jus limau nipis (1 biji)
– 2 helai daun pudina
Kemudian campuran semua bahan ke dalam gelas. Air detox ini sedap diminum ketika suam ataupun sejuk. Ia dapat membantu proses pembakaran lemak dan melancarkan proses pencernaan.
#2. Strawberi + Kiwi + Daun Pudina
– 1 biji kiwi(hiriskan)
– 2 biji strawberi (belah dua)
– 3 helai daun pudina
– 1 gelas air
Campurkan semua bahan dan sejukkan seketika dalam peti sejuk. Air detox ini sesuai untuk mereka yang mengalami kekurangan darah. Kerana buah strawberi. Kiwi dan pudina ini berfungsi sebagai penyokong gula dalam darah.
#3. Timun + Lemon + Limau Nipis
– timun
– 1 biji lemon
– 1 biji limau nipis
Hiriskan semua bahan dan campurkan dalam jag yang berisi 1 liter air. Sejukkan seketika dalam peti sejuk. Air detox ini mampu malancarkan penghadaman selain daripada mengawal selera makan anda. Kulit juga akan kelihatan lebih sihat tau.
#4. Limau nipis + Oren + Lemon
– 1/2 biji lemon
-1/2 niji oren
-1/2 biji limau nipis
Anda boleh hiriskan, ataupun hanya ambil air perahan jus tersebut Kemudian campurkan bahan dalam segelas air. Amalan minum air detox ini dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
#5. Timun + Lemon + Halia + Daun Pudina
– 1 jag air
– timun (hiriskan)
– 1/2 lemon (hiriskan)
– 1/2 inci halia (hiriskan)
– 7 helai daun pudina
Campurkan semua bahan dalam jag air, kemudian biarkan dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam. Resepi air detox ini boleh mengempiskan perut kita yang buncit.
#6. Epal Hijau + Epal Merah + Kayu Manis
– 1 biji epal hijau
– 1 biji epal merah
– 1 batang kayu manis
Hiriskan apel hijau dan juga apel merah. Kemudian campurkan keseman bahan dalam jag yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.
#7. Halia + Lemon
– 1/2 halia
– 1/2 biji lemon
Campurkan air perahan 1/2 biji lemon dan juga hirisan halia ke dalam segelas air. Boleh amalkan air detox ini setiap pagi kerana ianya baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan.
Selamat mencuba uolss <3