Stress dengan cinta yang lalu? Lupakan jelah, jangan dikenang lagi. Anggap la yang korang takde jodoh dengan dia. Now bukak buku baru dan mulakan misi mencari jodoh yang baru. Hahaha. Dah ada yang berkenan dihati ke? Ni lah masa yang tepat, mulakan langkah pertama dengan mengajak dia keluar dating seterusnya ajak lah kahwin apa lagi. Jangan tunggu lama-lama takut melepas lagi.
Bila korang dah kenal seseorang mesti rasa nak kenal dia dengan lebih mendalam lagi kan? So beranikan diri dengan meminta nombor phone dia. Apa lagi? cubalah untuk ajak dia keluar. Tapi, ada benda yang korang kene tahu sebelum nak call dia.
#1. Call dia di waktu malam.
Sama lah macam korang, dia pun ada kehidupan dan kerja. Jadi, lebih baik call after habis kerja. Call selepas pukul 8 malam apabila korang rasa dia sudah balik dari kerja. Waktu korang call dan terasa macam dia busy, seeloknya tanya bila boleh dia call balik. Jangan suruh dia yang call korang balik!
#2. Call ditempat yang selesa.
Make sure waktu call, korang dalam keadaan yang selesa dan relaks. Jika waktu korang call ada ramai orang atau berlatarbelakangkan muzik yang kuat, elak untuk call dia. Apabila orang lain membuat bising ketika korang tengah on call mesti akan rasa tidak selesa.
#3. Yakin ketika berbual.
Perempuan lebih suka lelaki yang ‘sound cool’ dan yakin. Jadi, kalau korang rasa suara korang tak bagus dan tak menyakinkan, lebih baik praktis. Berdiri waktu bercakap dan cakap perlahan-lahan (bukan seperti mengejar kereta api) dan ambik masa utuk mengeluarkan satu per satu perkataan. Kalau rasa tak yakin, tulis dulu apa yang ingin korang borakkan.
#4. Mulakan dengan ‘small talk’.
Sebelum bertanyakan soalan-soalan yang lebih lanjut atau penting, adalah perlu korang mulakan perbualan dengan ‘small talk’ atau bertanyakan sesuatu yang ringkas. “Sudah makan?” “Bagaimana dengan kerja di pejabat”. Itu sebahagian soalan ringkas yang boleh ditanya. Ketika berbual, elak untuk terlalu banyak bercerita tentang diri korang, sebaliknya berbuallah dengan topik menarik dan relevan. Selepas itu, cubalah untuk mengajaknya keluar makan atau menonton wayang.
5 PERKARA PERLU IKUT
Korang dan berjaya ajak dia keluar? Ini masanya untuk mengenali dia dengan lebih lanjut. Oh! ya, sebelum tu ada beberapa benda yang korang perlu tahu. Takkan tak nak first date korang berjalan dengan lancar kan???
#1. Apa yang korang perlukan?
Tentukan bila, di mana, apa yang korang perlu lakukan, topik yang ingin dibincangkan dan sebagainya supaya korang lebih bersedia.
#2. Groundwork
Tarikh dating korang dengan si dia makin dekat. Cuba dan cari apa yang korang rasa ‘hot’ dan apa yang tak perlu ada pada senarai topik yang telah ditentukan. Biasanya topik semasa dan isu hangat memang sesuai dibincangkan untuk memulakan perbualan nanti.
#3. Penampilan dan stail
Perkara ini penting untuk menampakkan diri korang lebih yakin dan percaya diri. Pakai pakaian yang bersih dan kemas, kasut yang bersih berkilat. Kuku jari potong, rambut tersikat rapi. Ingat! perempuan menghargai lelaki yang jaga kebersihan dan penampilan diri.
#4. Pendekatan dan sikap
Tampil di depannya dengan perasaan dan keadaan yang positif. Jangan berasa panik. Nikmati saat pertemuan itu dan ikut sahaja ‘flow’ yang terjadi. Tinggal belakang semua rasa gugup dan berhenti fikir sesuatu yang mungkin terjadi. Beri tumpuan dengan menikmati waktu bersama.
#5. Ketepatan waktu
Ketepatan waktu adalah kunci membuatkan dia beranggapan baik terhadap korang. Perkara yang paling teruk ketika dating adalah membuat orang yang ingin dijumpai itu menunggu. Jadi, berada di tempat yang telah dijanjikan tepat pada waktunya.
Selamat Mencuba <3