Khasnya untuk keluarga yang pertama kali mengadakan majlis, pasti ada suara makcik sana, pakcik sini menyuruh itu, begitu, begini tak betul, dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan suasana jadi awkward dan keliru.
Dengan adanya rujukan ini, harapnya pelan pengantin atau keluarga akan teratur dan kemas dan jadi lebih selesa untuk semua pihak.
ilmu sangat penting sebelum korang
melangkah ke alam yang lebih mencabar.
Jom tengok tips yang minmin kongsikan:
#1. NIKAH
Kalau jurunikah tanya nak test dulu, cakap je ok.. Kalau test, OP ada banyak angle boleh snap. Lagi-lagi untuk yang hire seorang OP saja.
#2. SARUNG CINCIN DI JARI MANIS TANGAN KIRI
(Simbolik bahawa ia satu-satunya jari yang ada salur darah terus ke hati.) Wiki
#3. CIUM DAHI & CIUM PIPI
Buat saja ikut cakap makcik/pakcik. Bagi chance diorang snap gambar. Kalau dalam masjid selalunya jurunikah suruh cepatkan. OP boleh redo semula action tu selepas event (kalau sempat) dengan closed-shot yang kurang menampakkan background. Nanti dalam album, boleh susun semula.
#4. TISU
Letak tepi, bukan genggam 24jam. Berdoa nak aminkan doa, bukan nak tadah tisu. Tak lawa gambar berdoa, tapi ada tisu. Taulah touching.. letak tepi je, nak lap pakai ambil letak balik.
#5. BERSALAMAN & LAGA PIPI
Tak perlu herotkan mulut, muncungkan mulut. SENYUM sahaja. Lebih cantik.
Mudah je kan?? hah memang nampak mudah tau. Tapi kalau salah satu step boleh meroyan seumur hidup tau. Penat dok kumpul duit sampai terpaksa ikat perut semata mata nak bernikah. Tapi akhirnya kecewa bila tengok gambar nikah sendiri! Hahaha. Okay serius. So ikut tau apa yang minmin kongsikan ni.
Selamat mencuba BAKAL PENGANTIN <3