Uolss semua mesti tak sabarkan nak kahwin??? Tapi persiapan semua dah settel ke??? Sebelum nak kahwin, penting untuk korang dan pasangan membuat perancangan yang rapi serta teliti bagi memudahkan korang berdua membuat persediaan. Ini penting bagi mengelakkan korang dan pasangan kelam kabut atau tertinggal mana-mana perkara pening.
Ikut tips yang minmin nak kongsikan tau <3
#12 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh dan waktu nikah.
– Mengatur najet berdasarkan konsep majlis, lokasi dan jumlah tetamu yang diundang.
– Membandingkan beberapa lokasi pilihan dan akhirnya membuat pilihan sama ada ingin mengadakan majlis di rumah, hotel atau dewan.
– Merancang menu yang ingin dihidangkan kepada tetamu sama ada secara bufet atau hidang.
– Fikirkan juga sama ada hidangan dimasak secara gotong royong atau katering.
# 11 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Menetapkan tarikh nikah, majlis sanding dan bertandang seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
– Menghadiri kursus kahwin bersama pasangan.
– Survey beberapa butik pengantin.
– Membeli barangan hantaran seperti kasut, beg tangan, minyak wangi dan lain-lain.
– Tentukan siapa yang bakal menjadi pengapit lelaki dan perempuan. Pilih sama ada kawan rapat atau sanak-saudara.
# 10 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Buat pemilihan katerer (jika bercadang menggunakan katering). Namun jika anda menggunakan kaedah gotong royong, kenal pasti individu yang akan mengetuai bahagian penyediaan makanan.
– Tetapkan menu yang ingin dihidangkan semasa majlis berlangsung.
– Rancang warna tema untuk keseluruhan majlis.
# 9 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
– Senaraikan nama tetamu yang bakal dijemput.
– Pilih jurugambar atau juruvideo untuk merakam momen indah di hari bahagia.
– Pilih perunding perkahwinan untuk menata gaya dekorasi dewan, pelamin, meja beradab, kamar dan lain-lain.
– Lakukan perbincangan awal dengan perunding perkahwinan yang dilantik untuk memberi ruang kepada mereka memahami keinginan majlis impian korang.
# 8 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Rancang barang hantaran dan tentukan siapa yang bakal menggubah dulang tersebut.
– Rancang percutian bulan madu. Lebih jimat anda menempah awal untuk tiket penerbangan dan bilik hotel.
– Menempah cincin perkahwinan.
– Pilih pereka baju atau tukang jahit yang bakal membuat baju nikah anda.
# 7 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Fikirkan cenderahati yang ingin diberikan kepada tetamu.
– Tentukan tema pakaian untuk ayah, ibu dan adik-beradik agar mereka boleh membuat persediaan awal.
– Jika keluarga tinggal jauh, rancang soal pengangkutan dan penginapan sewaktu majlis bakal berlangsung nanti.
# 6 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Mula menempah kad jemputan
– Menjalani ujian HIV
– Menghubungi kadi dan pejabat Agama Islam.
– Tempah baju untuk pengapit.
– Tempah langsir (jika buat dirumah)
# 5 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Tentukan sama ada anda ingin menempah cenderahati untuk tetamu atau membuatnya sendiri.
– Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek pengantin, bunga tangan, dekor majlis dan sebagainya.)
– Selesaikan semua urusan tempahan dengan membuat bayaran deposit (kad undangan, baju, khemah, katering, jurusolek dan lain-lain.)
# 4 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Pastikan korang telah membeli semua barang hantaran.
– Lakukan percubaan solekkan dengan jurusolek yang telah ditempah.
– Buat tempahan jurunikah.
– Cari saksi nikah.
# 3 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Pastikan PA system dan deejay telah dimaklumkan berkenaan majlis kahwin korang.
– Pilih lagu-lagu yang bakal dimainkan semasa majlis berlangsung.
– Dapatkan rawatan kecantikkan selain mengambil berat tentang penjagaan kecantikkan dan tubuh badan.
– Atur penginapan untuk sanak-saudara dan rakan yang datang dari jauh (buat tempahan homestay atau hotel) untuk mereka.
# 2 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Edarkan kad kahwin dan dapatkan RSVP daripada tetamu secepat mungkin.
– Lakukan fiting baju kahwin untuk pastikan ia sepadan dengan tubuh korang dan pasangan.
– Ambil cincin perkahwinan yang telah ditempah.
# 1 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN
– Adakan perbincangan dan buat senarai semak terakhir bersama ahli keluarga, teman-teman dan bakal suami agar semuanya berjalan lancar.
Selamat mencuba semua <3