BANYAK petua orang dulu-dulu yang pelik dan aneh-aneh. Tetapi kalau difikir-fikirkan semula, memang ada betulnya. minmin nak kongsikan 7 petua yang boleh diguna pakai. Tapi jangan lah terlalu taksub sangat yee. Hehe.
PETUA 1
Pasangan yang bakal berkahwin dinasihatkan agar JANGAN keluar dengan pasangannya selama 40 hari sebelum tibanya hari diijabkabul. Bukan saja bertujuan untuk mengelakkan fitnah, ia juga bertujuan untuk mengawal hawa nafsu antara lelaki dan perempuan.
PETUA 2
Pastikan bakal pengantin menjauhi makanan yang kuat dan sengit baunya seperti durian, jering dan petai. Kesemua makanan sebegini boleh mengeluarkan bau peluh yang kuat dan busuk. Jangan sampai Tuk Kadi pening kepala sebelum sempat nikahkan kalian.
PETUA 3
Orang yang bakal berkahwin juga dipesan supaya tidak memandang cermin atau bercermin muka pada waktu senja atau Maghrib. Ia dikatakan untuk mengelakkan diri daripada terkena perkara-perkara sihir. Hikmahnya adalah, pengantin disuruh supaya bersiap sedia membersih dan menyucikan diri untuk mengerjakan ibadat Maghrib. Bukannya leka membelek muka sendiri di cermin.
PETUA 4
Kurangkan minum soya dan jauhi makan timun kerana ia dikatakan sejuk dan tidak bagus untuk alat kelamin.
PETUA 5
Bakal pengantin perlu jauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti berpanas yang boleh menghitamkan kulit. Misalnya aktiviti acara marathon, berenang, santai di pantai atau berjoging perlu ditinggalkan sebulan sebelum nikah supaya kulit tidak kusam atau kelam.
PETUA 6
Walau sesibuk mana sekalipun, baik pengantin lelaki atau perempuan, mereka disarankan supaya pergi berurut tradisional. Ia bertujuan untuk memulihkan tenaga batin atau tenaga dalaman. Kalau tenaga batin tidak dirawat, dikhuatiri pengantin baru kecundang sebelum berjuang di malam pertama.
PETUA 7
Berhentilah minum teh atau kopi tiga bulan sebelum tarikh pernikahan supaya gigi tidak terlihat kekuning-kuningan.
Selamat Berpantang,
Bakal Pengantin.