DAH TAU KE TARIKH-TARIKH ‘HOT’ 2019 ?
Korang yg nak buat Majlis Kahwin pada 2019 tu dah pilih tarikh? dah check date ‘Hot’ ?
.Tahun 2019 pun banyak tarikh-tarikh yg menarik utk dipilih..tapi katanya bulan February tu dah hampir nak SOLD OUT ..yeke ? haha 🙂
.Okay kali ni Minmin dah buat sedikit kajian untuk 8 Tarikh ‘HOT’ sepanjang Tahun 2019. So boleh la korang risik-risik, pilih-pilih tarikh yang sesuai utk buat Majlis Kahwin korang nanti… enjoy !
Kenapa tarikh nie?
Sebabnya, pada hari Selasanya, 5.2.2019 akan ada cuti Raya Cina. Cuti panjang tu. Memang sesuai untuk buat majlis kahwin.
Tak perlu nak mohon cuti yang banyak untuk pergi Bulan Madu lepas majlis tu
Tarikh nie pulak?
tarikh bermulanya cuti sekolah penggal pertama. Kan kenduri kahwin memang sinonim dengan cuti sekolah.
Apa sebabnya? Sebabnya, nanti saudara mara yang tinggal jauh boleh datag jugak. Kan?
Tarikh nie pun tarikh cuti sekolah jugak. Dan cantik jugak tarikh 18.8.19 tu.
Ini memang tarikh Super Duper Hot.
Sebabnya, ia adalah tarikh kemerdekaan Malaysia yang mana akan ada Cuti Umum setiap tahun.
Dan, tahun-tahun mendatang, kalau nak sambut Hari Ulangtahun Perkahwinan, tak perlulah nak mohon cuti. Sebab dah confirm cuti. Indah betul. hehehe
Yang ini tak perlulah minmin nak tekankan lagi kehangatan tarikh 1.9.19 ini.
Pasti korang sendiri dah tahu tarikh nie kenapa jai Sangat Hot.
Cuti Hari Malaysia jatuh pada 16 Sept 2019.
Iaitu hari Isnin. Maka, Sabtu dan Ahad tu memang Hot juga sebab boleh sambung cuti sampai Isnin.
Selain Tarikh 1.9.19
tarikh Cantik di tahun 2019 adalah 19.10.19. Kebetulan ia jatuh pada hari Sabtu, memang ngam sangatlah kan?
Memang tak perlu diterangkan lagi sebabnya. Sebabnya adalah Cuti Sebulan untuk musim persekolahan.
Memang ramai akan buat majliskan?
So dah boleh pilih tarikh wedding tau <3
Selamat mencuba.