Setiap pengantin perempuan semestinya mahu kelihatan cantik di hari yang bermakna bagi mereka. Tetapi banyak hal jugak yang perlu ambil berat khususnya bagi pengantin yang mengadakan majlis di siang hari. Berikut adalah antara tips tips make up yang boleh kongsikan kepada semua, untuk tampil lebih cantik pada hari tersebut.
1) PILIH MAKEUP YANG NATURAL.
Walaupun majlis diadakan disiang hari, bukan bermaksud kita boleh bersolek mengikut kehendak sendiri. Kerana make up seperti foundation, blush on, solekan mata dan lipstick seharusnya (on a fleek)
2)SEMBUNYIKAN KEKURANGAN WAJAH DENGAN CONCEALER.
Kesan kesan di wajah biasanya kelihatan ketara di siang hari. Kebiasaannya pengantin perempuan ada bekas jerawat pada muka dan bawah mata pula kelihatan hitam akibat kurang rehat. Kegunaan concealer ialah (untuk menutupi kekurangan kekurangan di wajah). Pemilihan concealer juga amat penting, ia perlu mengikut kesesuaian dengan tone kulit
3) NO DRAMATIC EYESHADOW
Smockey eyes ala ala 90-an memang sangat trend lagi. Tapi, memakainya disiang hari adalah big no no! Smockey eyes menampilkan tampilan yang sangat dramatis. Padahal majlis disiang hari umumnya lebih casual. Pilih eye shadow dengan warna warni yang sangat natural seperti warna pink dengan gradasi warna yang lebih gelap di bahagian crease (untuk membuat matamu menjadi lebih cantik).
4) PILIH FOUNDATION YANG TERBAIK
Pemilihan foundation juga amat penting (mengikut kesesuaian tone kulit seseorang itu). Kerana itu akan menunjukkan hasil terakhir kita setelah makeup. Kebiasaannya pengantin mahukan solekan yang tahan lama. Namun itu bukan satu alasan untuk kamu menggunakan faoundation yang tebal sampai berlayer layer kerana ia akan kelihatan retak retak pada muka. Pori pori pada wajah jugak kelihatan seperti tidak bernafas. Pilih foundation jenis mineral foundation yang lebih ringan dan sesuai di waktu panas.
5) LIPSTIK WARNA NATURAL
Selain foundation, lipstick juga sering menjadi masalah ringan pada pengantin. Sesetengah orang lebih suka memilih warna lipstick yang terang dan gelap. Tapi untuk majlis disiang hari, seeloknya memilih lipstick warna yang natural, soft seperti (dusty pink dan smauve) supaya tidak kelihatan agak terang. Dengan pemilihan warna yang natural, ia boleh masuk dengan tone kulitmu.
6) JANGAN TERLALU BERSEMANGAT DENGAN BRONZER ATAU HIGHLIGHTER
Kebanyakan pengantin terlalu obses wajah kelihatan glowing dan bronzer serta highlighter. Tapi sebaiknya rujuk dengan jurumakeup supaya (dapat membuat pemilihan yang tepat seperti warna yang natural dan tidak terlalu glitter)
Kesimpulannya, masih ramai yang salah menggunakan code foundation yang tidak mengikut tone kulitnya bagi kelihatan natural, ini menyebabkan kulit anda cenderung dan sensitif.
Jadi kepada sesiapa yang nak pakai makeup tu, carilah yang sesuai dengan kulit anda. Dan kalau boleh, minta jurusolek anda cuba makeupkan sebelum hari berlangsung risau nanti tidak sesuai dengan kita. Okay itu je yang dapat kongsikan, harap semua boleh cuba tips tips ini.
SUMBER : GOOGLE