Antara perkara yang ditakuti pasangan yang sudah berumah tangga ialah cinta dan kasih mula pudar dan beralih arah.Ia penting untuk mengekalkan kebahagian agar pernikahan yang terbina kekal hingga akhir hayat.Bagaimanakah cara untuk mengelakkan pangan kira cari cinta lain dan pergi dari perkahwinan kita?
#1 Letakkan pasangan sebagai nombor satu
Ia amat penting untuk kita sentiasa meletakkan pasangan kita sebagai nombor satu,berbanding orang lain.Selain itu,selepas ada anak,kita mudah terlepas pandang tentang hal yang penting.Keperluan fizal dan emosi suami isteri sering doabaikan sehingga mereka mula rasa tidak disayangi.Suami isteri adalah tiang sokongan yang utama dalam hidup.Hargai dan berikan mereka keutamaan.
#2 Buat pasangan rasa dihargai
Kata-kata seperti”terima kasih”,”saya minta maaf”,dan”saya sayang awak”jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari.Ia mungkin nampak remeh dan biasa sehingga ada yang berasa pasangan mereka mengada-ngada jika dia mahu anda mengucapkan kata-kata ini selalu.
#3 Jangan simpan perasaan dalam hati
Apabila bergaduh,kita sering memendam rasa.Kita sangkakan lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih,kecewa atau marah hasil perbuatan pasangan.Ia adalah habit yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.Lambat laun,”bom perasaan” akan meletup.Pergaduhan besar terjadi dan pasangan mula mencari yang lain.
#4 Jangan perkecilkan pasangan
Jangan sekali-kali memperkecilkan pasangan terutamannya di depan anak-anak atau orang lain.Suami jangan mengata kelemahan isteri depan anak-anak dan isteri jangan memperlekeh kebolehan suami di depan saudara-mara.Ucap yang baik-baik,ia pasti dapat buat hati mereka berbunga-bunga kerana di puji suami atau isteri sendiri.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#5 Buat pasangan rasa di sayangi dan dirindui selalu
Bagaimana cara untuk membuat pasangan kita rasa dicintai dan dirindui?Dengan mengucap secara ikhlas.Masyarakat kita memang sukar untuk melafazkan rasa sayang secara jelas dan depan-depan.Tunjukkan melalui perbuatan seperti memberi hadiah atau bungan tangan ketika pulang kerja atau apabila terima gaji.
#6 Banyakkan berdoa untuk pasangan
Sentiasa berdoa kepada tuhan semoga cinta yang ada dalam diri suami atau isteri kita itu akan kekal sehingga ke syurga.Tiada siapa dapat mengawal rasa cinta dalam hati orang lain.Kita rasa cinta dalam diri kita sendiri pun tiada dalam kawalan kita!
So korang semua dah tahukan so mana yang tengah gaduh tu harap dapat lah berbaik semula….