Untuk memilih pakaian pengantin yang terbaik boleh menyebabkan para pengantin perempuan pening kepala nak pilih. Sampaikan makan tak kenyang tidur tak lena. Dari satu butik pengantin ke butik pengantin untuk memilih pakaian yang sesuai dan bajet yang sesuai. Bukan itu pergi expo sana sini nak tengok harga yang berbaloi. Bukan apa Korang ingin di hari yang ditunggu-tunggu tu berjalan dengan lancar. Jom tengok 5 tips memilih baju pengantin.
#1 Tona Warna Yang Sesuai
Baju yang sesuai adalah baju yang mengikut tona warna kulit korang supaya tidak lah nampak korang pucat dan suram di hari perkahwinan.Sekiranya anda mengikut kesuaian tona kulit korang boleh nampak lebih ceria dan berseri-seri di hari perkahwinan korang.
#2 Ikut Bajet
Korang perlu tetapkan harga bajet korang untuk memudahkan korang supaya tidak terlebih bajet.Seeloknya jangan habiskan duit korang dengan pakaian je sebab korang akan buka balik baju tu.Untuk lagi menjimatkan membeli atau menyewa.
#3 Jadi Diri Sendiri
Korang pilihlah rekabentuk yang sesuai dengan tubuh anda supaya anda tidak terasa janggal atau kekok atau sedikit malu.Pilihlah mengikut naluri biar murah janji cantik dan nampak eksklusif.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#4 Mengikut Tema Majlis
Tema yang diadakan bukan lah hanya suka-suka. Ia ada satu tema yang sesuai dengan pengantin dan juga majlis yang diadakan.contoh pakaian yang sesuai,tradisional melayu,songket dan banyak lagi.
#5 Ukur Baju di Badan Sendiri
Bak kata orang barat, “literally“. Pastikan reka dan ukuran mengikut keselesaan pengantin.rekaan dan ukuran yang sesuai dengan bentuk badan.Biar kemas dan anggun dipakai dan di lihat yang paling penting selesa di pakai semasa majlis perkahwinan.
Semoga pengkonsian ini dapat membantu anda mengurus pemilihan baju pengantin.Selamat mencuba…