Hai korang semua, MakNah nak share sikit pasal photographer yang korang wajib tahu! Yelarr kan korang kawin pun ambik photographer untuk ambik gambar korang. So perlu lah tahu okay.
Jom tngok berapa tinggi tahap photographer korang tu.
1. The Beginner
Biasanya yang fresh fresh ni… Hah fresh tau haha! Mereka lagi suka tngok gambar kawan-kawan yang terlibat dalam fotografi atau pernah hadir ke pameran fotografi sebab bagi dia gamba orang lain cantik dari dia.
Dia (pendatang baru), agak mudahla nak cari kawan baru sebab mesra. Fresh lah katakan! haha. Banyak bertanya bila tak faham tentang sesuatu perkara. Dia akan mencari “mentor” untuk dijadikan guru. Apa yang diterangkan oleh mentor, dia akan cuba hadam sebaik mungkin. Dah nama pun fresh! zero from hero.
So apa yang boleh MakNah katakan mereka ni baru nak up lah dalam bidang photographer ni. Jadi bagi la mereka peluang. UHUKXX!
2. The Amateur
Apa yang MakNah tahu, mereka yang amateur ni dah tak pegang da camera jenis-jenis automatik ni, cehhh poyo! Haha. Mereka lagi suka menggunakan kamera slr atau dslr. Dan mereka ni jenis yang suke mengumpul lensa dari wide sampailah tele dengan flash-gun. Hah MakNah pun terbelit lidah nak sebut! Haha.
Peralatan yang digunakan oleh mentor dia pun, dia akan try hard nak dapatkan jugak sebab terikut-ikut! Yelahh nak jadi yang terbaik kan.
Ditahap ini, banyak khidmat percumanya. Kalau dicaj hanya mengambil modal sahaja. Sikap ini amat digemari oleh kalangan jurufoto. Masih lagi tanpa segan silu bertanya apa yang tidak faham.
Landskap dan potrait adalah rakaman kegemaran. Banyak menggunakan sentuhan dari mode “program bias”. Dalam fasa ini, banyak pelajaran serta pemahaman diperolehi. Sikapnya yang tidak sombong mencetuskan kecerian pada semua serta “mulutnya sentiasa tersenyum”
3. Semi-Professional
Masa ini, banyak peralatan di upgrade! Wah dah makin berjaya lah katakan. Ada yang sanggup sanggup menempah dari luar negara semata-mata nak bersaing dengan rakan-rakan yang belum nak up. Masa ini sudah menggunakan kamera Nikon D200 atau Canon 5D. “Professional Gears” seperti Nikon D1, D2H, D2X atau Canon Eos Mark II atau seangkatan mampu dimiliki. wuuuu.
Suka menghantar gambar-gambar untuk pertandingan. Banyak dimenangi sebab dah menguasai banyak teknik. Masih tidak sombong, masih senang digauli. Teguran diterima dengan ikhlas dari gurunya. Tidak ada sesuatu perasaan busuk hati kepada sesiapa. Terus berjuang sehingga sampai ke satu tahap yang diidam-idamkan. Wahh baikkan! haha.
Cuma satu je, suka sembunyikan pengetahuan dan tidak mudah untuk berkongsi. Sebabnya, ingin menyimpan rahsia tersebut untuk pertandingan fotografi seterusnya.
4. Professional
Kamera semua pro sekurang-kurangnya ada dua buah. Mereka tak suka menggunakan barang-barang amatur. Di tahap ini si dia ada sikit “perasaan meninggi diri”, tapi tak semua tau! haha. Biasa la bila dah pro kan.
Selalu dapat job dari pelbagai event untuk menjadi photographer. Wahh seronoknya.
Sesorang itu digelar professional sepenuhnya apabila menggunakan barang-barang sendiri dan bukan barang pejabat atau kompeni. Sebagai contoh, orang surat-khabar menggunakan EOS Mark II semasa bertugas, masa itu masih digelar professional tapi bila selesai bertugas tiada lagi profesional bagi dirinya walaupun sudah 20 tahun dalam bidang fotogfari. Maknanya, orang itu perlu memiliki barang sendiri dan bukan peralatan orang lain atau dipinjam.
Seperti dilihat kini, ada orang mempunyai pengalaman hanya 10 tahun, tapi mengelarkan diri sudah professional dan sudahpun buat khursus untuk mengajar orang. Maknanya golongan ini masih lagi Semi-Pro mengajar amatur. Adakah semasa mengajar amatur itu, dalam ramai-ramai terselit seorang Professional? Pernah jadi tau korang.
5. Top Professional
Maka akan melangkah si dia ke satu tahap paling tinggi dalam dunia fotografi. Ini terjadi seandainya si dia boleh bertahan, mengekalkan sikap keterbukaan, bersemangat menolong antara satu sama lain, merendah diri termasuk mesra kawan.
Dia akan dapat memasuki tahap paling akhir dalam kitaran fotogfari ini iaitu “Real Master / Top Professional”. Perkataan “Real” berasal dari Sepanyol bermaksud “Raja”.
Dia berfikiran luas dalam segala bentuk. Apabila dia melihat sesuatu yang tidak difahami, dia akan cuba melihat lagi dari sudut yang berlainan untuk menilai sesuatu itu dan tidak mudah terburu-buru untuk membuat sebarang komen atau teguran.
Dia juga berkongsi sesuatu rahsia yang tidak pernah diketahui sebelum ini kepada muridnya untuk membantu memperkembangkan pemahaman. Dia sudah tidak lagi bergantung terus kepada peralatan yang berat (Pro Gears)
“Semua kamera boleh merakam gambar yang menarik” mesej ditujukan kepada muridnya.
“Sebagai jurufoto, awak seharusnya mengawal kamera dan jangan sekali-kali biarkan kamera kawal awak!”
“Jangan salahkan cahaya, cuaca atau manusia apabila awak tidak boleh merakam gambar dengan sempurna, awaklah yang bertanggung-jawab penuh di atas kerja-kerja awak”
Kata-kata perangsang di atas antara yang biasa didengar adalah sentuhan ikhlas dari Real Master/Top Professional kepada muridnya.
Semoga bermanfaat ye <3