Hai semua..emmmm Susah juga nak ada rumah yang kemas dan rapi bila dah ada anak kecil di dalam rumah. Bukannya apa, MakNah dah kemas, tapi bersepah balik dengan segala barang permainan. Mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan kerenah anak lagi.
Jangan risau, sebenarnya korang tak payah ambil masa yang banyak pun untuk kemas rumah. Ikut tips MakNah ni, mudah sangat sebab korang boleh buat dalam masa 5 minit saja!
Korang mesti pelik kan kenapa ada rumah member dengan anak kecil nampak kemas dan bersih sedangkan rumah kite! macam rumah hantu! hahaha. kita pula hanya kelihatan teratur seketika saja sebelum bersepah semula. Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
So jom tngok apa tips nya tuh…
1. KEMAS KATIL
Kemas katil dan bilik korang sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas
2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari. Part ni memang MakNah tak suka tapi terpaksa kena buat jugak okey !
3. JANGAN BIAR SINGKI PENUH
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi singki. Basuh pinggan setiap kali selepas makan. Ini pantang larang mak MakNah. Dia suka “ngepek” kalo tengok pinggan mangkuk bersepah dalam sinki. Sekarang MakNah pon jadi sakit mata sakit je hati ni kalo tengok sinki bersepah.
4. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan smpai berulat sudah hehehe
5. KEMAS RUANG TAMU TENGAH HARI DAN MALAM
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak, bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya paling kurang dua kali sehari. Sekali, menjelang tengah hari dan kali kedua sebelum tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas. Fuhh ni bahagian MakNah punya. Dia punya kawasan ni paling kerap kena kemas.
Selamat mencuba…