5 Punca putus tunang yang korang tak perasan. Wanita tolong berhati-hati.

Ujian dalam tempoh waktu bertunang ni memang paling hebat. Cuma yang betul-betul kuat je yang boleh bertahan. Tapi kalau dah memang dia ditakdirkan untuk kita, so percaya je lah kan.

Lagipun korang tengah darah manis semua benda nak kena jaga. Lagi dekat korang nak bina masjid lagi banyak dugaan yang boleh mematahkan semangan korang.

Memang pergaduhan itu perkara biasa, sedangkan pasangan yang berkahwin pun ada pasang surutnya. Ini kan korang yang tengah bertunang. So chill okay! Ada beberapa perkara yang korang kurang perasan dan tak ambil tahu. At the end “hah putus la tunang lagi senang!”.

 

Jom tengok apa benda yang korang terlepas pandang tu:

 

1. Hantaran tinggi

Selalunya anak tak kisah dengan jumlah wang hantaran, kadang-kadang family yang selalu masuk campur. Penyudahnya, minta hantaran yang tinggi dan tak mampu diberi oleh pihak lelaki. Dan kadang tu sampai tak masuk akal! “nak jual anak ke makcik”. 

2. Tak beri perhatian

Sibuk memanjang. Sebelum bertunang tak ada pula busy macam PM. Tapi, bila waktu bertunang mula la tunjuk belang dan ada juga yang dah mula naik ‘angin’ satu badan. Katanya “kite kan dah bertunang, apa yang nak kecoh-kecoh lagi, kawin nantikan jumpa 24jam”. Haisyhh parah ni. Perhatian itu penting tau korang untuk mengharmonikan lagi hubungan korang.

3. Jumpa ex boyfriend/girlfriend

Kalau sebab yang ni memang boleh frust menonggeng. Elok-elok kita bagi dia pergi majlis reunion sekolah, alih-alih kasih bertaut semula dengan kekasih lama. Sadisnya! Adatu, kata nak pi bagi kad jemputan dekat kawan-kawan. At the end kite pulak yang dapat kad jemputan dari tunang kite sebab cinta lama dah berputik katanya. Hahaha! So hati-hati okay guys.

4. Sihir

Jangan terkejut kalau minmin cakap yang sihir antara sebab orang boleh putus tunang. Dunia sekarang ni memang macam-macam boleh berlaku. Bukan nak percaya sangat tapi kita tetap perlu berhati-hati. Kadang ada yang sebab dengki dan tak boleh nak tengok kita bahagia. Yang paling penting. Jaga tingkah laku korang semua okay.

5. Tempoh pertunangan yang lama

Bila dah terlalu lama bertunang, maka banyaklah perkara-perkara buruk yang berlaku. Oleh sebab itu, tempoh pertunangan tidak digalakkan mengambil masa yang lama. Paling-paling setahun atau enam bulan saja.

Korang pula macam mana? Ada experience putus tunang ke? Mana la tahu nak tambah-tambah. Hehe!

 

Cer komen sikit <3

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.