Dah masuk alam rumah tangga ni, sudah tentu kita mahu perkahwinan kita kekal lama. Tak semestinya perlu beli barang mahal-mahal untuk buat pasangan lebih sayangkan kita. Kali ni Miezipro nak kongsikan apa perkara free yang si suami boleh buat untuk bagi isteri lebih sayang.
1. BERHENTI NAKAL DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL
Berhenti like atau love gambar awek cun dan seksi di Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain. Suami kene lah jaga hati isteri kalau nak isteri lebih sayang. Bukan setakat hati isteri sahaja terjaga, hubungan makin rapat, alam perkahwinan kekal pun kekal lama.
2. PUJI ISTERI SELALU
Tak perlu over sangat pun. Cukup sekadar bagi hint je. Contohnya “sedap!” Sambil tunjuk isyarat good semasa menjamah makanan masakan si dia. Tak pun bila dia bersolek atau berhias untuk anda, cuba senyum dan cium sikit pipi dia tanda anda suka. Kalau nak buat si dia terangkat sikit, bisik kat telinga dia yang dia tu cantik sangat. Silap-silap, tak jadi keluar terus !
3. PINJAMKAN TELINGA PADA SI ISTERI
Si dia nak berbual, layankan je. Bila isteri nak mengadu, anda dengar. Dia nak cerita benda yang dia suka, cuba sokong. Kalau dia cerita yang dia suka berniaga, cube cari tips berniaga ke atau maklumat mengenai produk dia nak jual tu. Baru dia rasa suami support dia. Nanti boleh saksikan sendiri semangat dia naik dengan mendadak.
4. TOLONG RINGANKAN BEBAN ISTERI
Tolong isteri buat keje rumah. Kalau malas sangat, basuh pinggan sendiri je pun takpe. Kalau ade hari yang rajin, tolong kemaskan dapur dia sekali. Lepas tu tengok dia punya senyum mesti meleret sampai ke siku. Masa tu, nak mintak masak ape pun pasti dapat.
5. BERMANJA DENGAN ISTERI
Yang terakhir ni jangan malu tau. Sekali sekala, mandikan isteri anda. Belai dia macam baby. Syampukan rambut, sabunkan badan dia dan lain-lain lagi. Kesan dia? Buat dulu la baru tau penangan dia!
Bagi suami anda baca artikel ni! Minta dia buat nombor 5 tu dulu.
!!! BONUS !!!
Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.