Sekiranya, kenyakinan diri anda tidak ada. Anda tidak mampu untuk buat sesuatu perkara dengan baik dan ada tidak menunjukkan bakat anda yang sebenar dan asyik merendahkan diri sediri. Ini adalah 5 cara tingkatkan keyakinan diri anda.
#1 Berhenti bandingkan kekuatan orang dengan kelemahan anda
Kelemahan yang anda ada ialah tidak yakin dengan kekuatan diri anda sendiri dan sentiasa mencari ruang untuk membandingkan kekurangan anda dengan kekuatan orang lain. Sepatutnya anda jadikan kelebihan orang lain adalah pemangkin semangat anda.
#2 Manfaatkan ketakutan anda
Anda takut orang lain tidak menghargai anda? sekiranya anda takut anda perlu meluahkan kepada mereka supaya mereka tahu yang anda mahu dihargai. Anda takut kehilangan kawan baik anda? beritahu mereka apa tujuan dan matlamat anda.
#3 Ambil tahu dan ambil berat tentang pemikiran orang
Anda boleh mendengar perbualkan mereka dan gasip mereka tentang anda. Tetapi anda tidak boleh ambik berat apa yang mereka katakan kepada anda. Ini adalah satu kelebihan untuk menunjukkan kebolehan anda dan memperbaiki diri supaya lebih cekap dan dapat menambahkan pendapatan anda. Anda dengar dan ubah jadi yang lebih baik. Anda tak perlu layan perkara-pekara negatif yang mereka katakan. Anda layan lah mereka dengan baik biar mereka malu dengan perbuatan mereka kepada anda.
#4 Anda rasa orang lain lebih tahu tentang anda berbanding diri anda sendiri?
Mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dengan kehidupan anda setiap hari. Mereka hanya mampu meneka dan mengagak. Mereka tidak tahu apa perancangan anda di masa hadapan menlainkan anda memberitahu meraka. Kekurangan dan kelebihan anda bukan terletak di tangan meraka. Anda hanya perlu usaha dan trus usaha sampai berjaya. Dan usaha sampai anda rasa yakin dan tidak jatuh walaupun kuat mana pun ujian yang akan datang.
#5 Keyakinan datang daripada tindakan
Bila anda terlupa sesuatu anda kan ambik tindakan secepat mungkin. Selain itu, keyakinan akan datang setiap kali anda ambil tindakan. Keyakinan akan bertambah dan berjaya selepas anda buat tindakan. Sekiranya anda tidak membuka langkah anda tidak akan berjaya dan tiada kenyakinan diri. Lebih baik gagal sekarang daripada gagal di kemudian hari.
Itu sahaja yang saya dapat kongsikan. Selamat mencuba.