5 CARA MUDAH BAHAGIAKAN IBU

5 CARA MUDAH BAHAGIAKAN IBU

.
Tips ini bermanfaat utk semua ..jgn lupa Share !
.
IBU adalah insan HEBAT yang pernah kita kenal dalam hidup kita. Selama 9 bulan kita berada di dalam rahim IBU , melahirkan kita ke dunia dgn susah payah bergadai nyawa.
.
Berilah emas setinggi Everest sekali pun, sudah pasti kita tidak mampu membalas segala pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini.
Sebagai anak, kita perlu berusaha membalas kasih sayang mereka dgn sebaiknya.
.
Jom, scroll TIPS MUDAH berikut bagaimana anda boleh bahagiakan IBU?
.
.
#miezipro #mieziprosharing

 

#1 SUMBANGAN BULANAN
.
Asingkan sedikit yang anda terima setiap bulan utk diberikan kepada IBU Biasanya, nisbah 10% drp jumlah gaji dipilih.
.
Contohnya jika gaji anda RM2000 , maka sumbangan anda kpd IBU adalah sebanyak RM200 sebulan.
.
Tapi , ini sekadar panduan sahaja . Jika anda rasa anda mampu memberikan lebih , amatlah digalakkan. Siapa lagi kan nak bantu IBU sendiri kalau buka kita?
.
Dengan sumbangan ini dapatlah kita meringankan sedikit perbelanjaan mereka hari2.
.
Kadang2 tu IBU kita tak pernah mintak pun berapa . Bagi mereka cukup sekadar ingatan kita kepada mereka , itu pun dah mengembirakan hati mereka.

Tapi kita sebagai anak , inilah antara usaha2 yang kita mampu tunjuk kepada mereka betapa sayang nya kita kepada mereka.
.
Nak lebih mudah, anda boleh “set” kan Auto deduction secara bulanan terus ke account IBU anda.
.
Bagi mereka yang sudah tiada IBU, bagaimana pula?
.
Jika anda masih mempunyai IBU Mertua , anda boleh salurkan sumbangan ini kepada mereka. Jika kedua2 mereka pun sudah tiada , anda masih boleh menyumbang tetapi dalam bentuk sedekah kepada yg memerlukan.
.
Pastikan anda niatkan didalam hati manfaat pahala sedekah ini untuk IBU tercinta.

#2 BALIK KAMPUNG
.
Berapa kerap anda pulang ke kampung ?
.
Jika jarak kampong anda tidak terlalu jauh (let say kurang 200 km) , adalah ideal untuk anda pulang ke kampung sebanyak sebanyak sekali sebulan. 
.
Tetapi sebaliknya jika jaraknya lebih, adalah digalakkan sebanyak 2 atau 3 bulan sekali.
.
Perasan ke perasan ? IBU kita pasti gembira bila kita pulang ke kampung halaman.
.
Yang paling best Ibu akan memasakan makanan kegemaran kita. Huh, SEDAP betul rasanya.. Betul2 rindu sangat ini , air tangan Ibu tidak ada tolok bandingnya.
.
Demam pening IBU pun boleh cepat Kebah bila melihat anaknya pulang menziarahinya.
.
Nabi pun pernah bersabda, hanya melihat raut wajah IBU boleh mendapat pahala .

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah
bersabda: “Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa,
melihat al-Quran dan melihat lautan.” –
(Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah”.
(Riwayat Abu Daud).

#3 SENTIASA BERHUBUNG DENGAN IBU
.
Di zaman serba canggih ini, tiada alasan untuk kita kurang berhubung dengan IBU tersayang.
.
Adalah menjadi kewajipan kita untuk sentiasa menghubungi mereka , sebaiknya setiap hari untuk bertanya khabar. 
.
Jika IBU anda pandai menggunakan aplikasi whatsapp , ianya jadi lebih menarik untuk anda berhubung dengan mereka.
.
Apa kata, anda bayar langganan Internet bulanan untuk Ibu yang bayaranya tidak sampai pun RM30 sebulan.
.
Jadi boleh lah anda gunakan Video Call dengan Ibu , lebih seronok, rasa lebih dekat.
.
Dapatlah IBU kita lihat wajah cucu kesayangan walaupun jarak menjadi pemisahnya.
.
Jangan lupa untuk minta restu & doa IBU agar dipermudahkan urusan kita. Kerana, doa IBU tersangatlah makbul !

#4 LUANGKAN MASA BERSAMA
.
Semakin hari semakin meningkat usia kita, begitu juga IBU. Sedar tak sedar, IBU kita sedang meniti usia Emas mereka.
.
Kenapa dipanggil usia Emas ? Kerana ketika ini, secara teorinya baki kehidupan mereka semakin berkurang berbanding kita. Segala perkara yang IBU lakukan ketika ini sangat berharga buat mereka.
.
Luangkan masa yang ada untuk menghargai setiap detik berharga ini bersama IBU.
.
Kita tak boleh nak jangka, siapa dulu yang akan pergi buat selamanya… huhu
.
Pelbagai aktiviti yang anda boleh buat bersama Ibu tersayang . Antaranya melancong bersama, keluar shoping , belanja makan & lain2.
.
Setiap memori yang terhasil ketika ini pasti menjadi kenangan manis buat anda kelak.
.
Jangan lupa untuk rakam & simpan untuk tatapan kemudian hari.

#5 BERIKAN HADIAH DI HARI ISTIMEWA
.
Sesekali anda perlu meraikan Ibu tersayang dengan memberikan hadiah istimewa untuk mereka.
.
Bagaimana kita gembira menerima hadiah daripada 
kekasih , begitulah juga perasaan Ibu kita gembira menerima hadiah daripada anaknya.
.
Hadiah tidak semestinya mahal , cukup sebagai tanda ingatan kita kepada Ibu.
.
Kebiasaanya kita akan menunggu setiap kali sambutan hari kelahiran IBU untuk memberikan hadiah kepada IBU.
.
Sebenarnya banyak cara lain untuk kita berikan hadiah kepada Ibu.
.
Anda boleh berikan hadiah kepada Ibu setiap kali pulang ke kampung menziarahinya. Atau, sekiranya anda melancong boleh juga belikan hadiah untuk Ibu.
.
Antara hari istImewa lain adalah semasa SAMBUTAN HARI IBU. Sambutan hari Ibu biasanya diadakan pada hujung minggu kedua bulan Mei setiap tahun.
.
Untuk tahun ini, Sambutan Hari Ibu jatuh pada hari Ahad, 13 Mei 2018.
.
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi .. anda dah rancang nak belikan hadiah apa untuk IBU tercinta ???

APA KATA , KAMI BANTU ANDA SEDIAKAN HADIAH HARI IBU TAHUN INI ??
.
.
Haa ni la … “Frame Deco Special” gambar anda & IBU dgn custom design.
.
Bolehlah dijadikan Hadiah HARI IBU. Frame ini senang nak jaga, letak atas meja boleh , nak gantung di dinding oun OK. Kualiti A++ . !
.
Mesti IBU terharu dengan pemberian ni. Asal lalu tepi dinding je nampak Frame ni terus ingat dkat kita…hihi
.
Ada beberapa design yg anda boleh pilih.. anda hanya perlu hantar gambar menarik bersama IBU (selfie pun OK) , selebihnya kami buatkan utk anda.
.
Lagi best, anda boleh surprise kan IBU anda dgn pemberian ini. Kami pun ada sediakan penghantaran terus ke rumah IBU anda .. dah termasuk dlm pakej pun.. mudah kan..? 
.
“Huh x sabarnya nak hadiahkan IBU hadiah Frame ni”…
.
Sabar..sabar… hihi
Untuk maklumat details, anda boleh klik link Whatsapp berikut .. nanti team Kami , Kak Zi akan layan anda secepat mungkin..
.
–> 
–> 
–>
.
Terima Kasih !

Categories :

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Miezipro

At our photography studio, we believe that every picture tells a story, and we are committed to helping you tell your unique story through our art. We also make sure that the presented works are the best and perfect.