Pemilihan busana merupakan checklist paling penting buat pengantin. Selain itu,ada beberapa faktor yang perlu di titik beratkan untuk korang iaitu harga,jenis kain dan reka bentuk. Untuk menampakkan korang cantik di hari bahagia korang. Ikuti 4 tips ini.
#1 Bentuk badan jenis pear
Busana yang sesuai bagi mereka yang memiliki badan jenis pear ialah dapat menyeimbangkan bahagain atas dan bahagian bawah badan yang baik.Selain itu,korang boleh menambah perincian di bahu dan ia sesuai dengan pelbagaian corak dan warna yang terang untuk bahagian lengan baju.Korang elakkan busana jenis maxi dress kerana silhouettes seakan duyung akan membuat pinggul anda kelihatan lebih besar dari yang asal.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#2 Bentuk badan jenis epal
Untuk bentuk badan epal sesuai warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas manakala bahagian bawah sesuai warna gelap.Korang gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.Selain itu, pilih skirt jenis pinggang tinggi dan elakkan skirt yang beropol ia akan menyumbang kepada visual tak seimbang.
#3 Bentuk bandan jenis hourglass
Korang yang memiliki bentuk tubuh badan jenis hourglass sangat bertuah kerana ada sesuai semua busana dan warna.Selain itu, di bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar kelihatan lebih ramping dan elakkan dress jenis straight cut kerana ia membuat pinggang dan pinggul nampak longgar.
#4 Aspek lain yang perlu dititikberatkan
Pilih busana yang sesuai dengan kentiggian anda.Selain itu, elakkan gaun yang jenis pleating jika anda mempunyai bentuk badan yang chubby.
Korang pilih pakaian yang sesuai dengan anda dan selamat mencuba dengan tips yang diberikan….