Untuk mengupah jurugambar yang terbaik unuk majlis perkahwinan adalah satu jumlah pelaburan yang berbaloi. Semestinya anda dan pasangan anda ingin kelihatan wow pada majlis perkahwinan anda. Ini adalah 10 tips untuk gambar perkahwinan anda.
#1 Pastikan anda rehat dengan cukup
Pastikan malam sebelum diijabkabulkan itu,anda dah rehat secukupnya.Sekiranya anda penat ia akan menggangu mood anda. Walaupun sudah make up untuk menutup muka keletihan anda tetapi anda tidak boleh menutup tenaga kerana ia akan nampak anda kepenatan tidak ada paras optimum.
#2 pastikan anda ada masa yang cukup untuk bersiap
Anda memerlukan masa yang lebih lama untuk bersiap. Pastikan anda dah menyusun jadual yang sepatutnya dan tepat. Takut nanti banyak benda tergendala kerana lambat siap.
#3 Hiaska tempat anda bersiap dan pencahayaan yang terang
Anda selalu melihat bersiap. Anda mesti tidak mahu gambar anda penuh dengan handbag bridemaids ,katil tak kemas dan lain-lain. Okay, sebelum anda membenarkan jurugambar masuk pastikan tempat anda dah kemas . Hiaskan sedikit bilik anda dan pencahayaan juga penting. Sekiranya pencahayaan tidak cukup ia akan beri efek yang tidak cantik.
#4 Jadualkan waktu bergambar dengan betul
Kalau anda mengambil gambar di waktu tengah hari, ia akan merosakkan gambar perkahwinan anda kerana ketika matahari berada di atas kepala anda mata anda akan menjadi kecil bukan itu sahaja anda terpaksa menahan pancaran matahari yang menyilaukan. Jadi pilih lah waktu yang sesuai.
BONUS!! Klik MyWeddingPlanner untuk download e-book ini secara PERCUMA !!! Segala perancangan perkahwinan anda akan lebih mudah & teratur.
#5 selesa
Keselesaan dalah keutamaan anda.Jika anda tidak selesa dengan pakaian anda pastikan alter dahulu apa yang patut sebelum majlis berlangsung.Selain itu,ketika anda bergambar lebih elok jika anda tidak pikir banyak dan hanya bergembira pada waktu itu.
#6 Main dengan baju anda
Anda perlu pose dengan menggunakan setiap pontensi baju anda. Beli mahal-mahal tapi anda tidak menggunanya sepenuhnya. Anda boleh buat bermacam-macam gaya dengan pakaian anda. Contohnya,spread gaun anda.
#7 Minta tolong rakan anda
Kadang kala pertolong kawan sangat diperlukan untuk membantu anda. Dalam tak sedar make up kita,baju kitadan sebagainya perlu pertolongan diorang. Kita tak perasan make up kita rosak tapi kawan anda perasan so dia lah yang akan tolong anda bila anda memerlukannya. Ketika anda buat shoot outdoor make up akan rosak maka diorang lah yang akan membantu anda.
#8 Ambil inspirasi gambar perkahwinan orang lain
Kebanyakkan gambar kahwin membuatkan kita teruja dan rasa macam nak pose yang sama untuk majlis kita sendiri.Hah ini lah masanya untuk anda meniru gaya yang anda minat. Bagitahu juru gambar yang anda ingin gambar macam mana. Mana tahu jurugambar boleh tambahkan idea kepakaran dia untuk menghasilkan gambar terbaik.
#9 Jangan ubah rutin penjagaan kulit anda
Bayangkan minggu depan nak kahwin tapi minggu ni baru nak pakai produk lain,lepastu kulit muka rosak. Lebih baik sebelum menggunakan apa-apa anda mencuba lebih awal takut yang tak elok akan berlaku kat kita.So kita elak kan menggunakan nya.
#10 Jadi diri anda sendiri
Gambar-gambar perkahwinan anda hanya untuktatapan keluarga dan kawan-kawan sahaja,ia juga adalah saksi penyatuan hati keluarga anda dan pasangan.Sekiranya anda mengikut kemahuan orang lain. Pasti anda nak tunjuk kat anak cucu,cicit,piut dan seterusnya. So,jadilah diri sendiri.
Semoga ia menjadi manfaat kat anda semua semua.